Archive for July, 2011

1. Ovarian cyst adalah poket yang mengandungi cecair yang terbentuk didalam ovari.

2. Terdapat pelbagai jenis ovarian cyst dan kebanyakkan daripada ovarian cyst adalah bukan kanser seperti mana yang ditakutkan.

3. Umur , kesuburan, dan haid memainkan peranan besar dalam menentukan jenis Ovarian cyst.

4. Bagi mereka yang berusia 60 keatas, ia lebih berkait dengan kanser.

5. Bagi mereka yang muda, mengalami senggugut dan masalah kesuburan kemungkinan besar ia endometriotic cyst.

6. Cyst yang dijumpai semasa hamil lebih dikaitkan dengan Dermoid Cyst atau Corpus Luteal Cyst.

7. Corpus luteal cyst selalunya akan hilang dengan sendiri selepas 12 minggu kehamilan.

8. Dermoid cyst selalunya akan membesar secara beransur- ansur dan boleh wujud di kedua dua belah ovari.

9. Dermoid Cyst selalunya mengandungi lemak, gigi dan rambut didalamnya.

10. Endometriotic cyst mengandungi darah yang berupa seperti coklat cair didalamnya.

11. Corpus luteal cyst pula mengandungi cecair didalamnya.

12. Diagnosa Ovarian cyst dengan senang dapat dibuat melalui ujian ultrasounds.

13. Risiko ovarian cyst termasuklah terpusing atau twisted yang menyebabkan kesakitan , pendarahan dalam cyst, jangkitan kuman dan pecah.

14. Pembedahan pilihan ovarian cyst adalah mengunakan pembedahan Laparoscopy.

15. Kebaikkan pembedahan laparoscopy termasuk kurang kesakitan selepas pembedahan, parut yang kecil, tempoh pemulihan yang cepat.

16. Risiko Komplikasi terhadap laparoscopy termasuklah luka pada usus, salur darah ,pundi kencing, jangkitan kuman dan hernia walaubagaimanapun, kajian menunjukkan risiko adalah lebih kurang berbanding dengan kaedah โ€˜Laparotomyโ€™.

17. Risiko untuk endometriotic cyst tumbuh semula adalah 10% dalam masa setahun dan 40% dalam masa 5 tahun

INFO TAKEN FROM ALAM HAMIL.COM

nak raya….

Posted: July 21, 2011 in family, puasa, suamiku

assalamualaikum…

Malam tadi sembang2 ngan suami(thru phone la) pasal nak balik raya..mcm2 yg kami plan..hehe..saya memang excited la sebab tahun ni turn kami raya kat kelate ๐Ÿ˜‰ tak sabar woo..haha..tengah duk sembang2, tetibe je terdengar adik ipar cakap lebih kurang camni “puasa pun belum lagi, tp dah sembang pasal nak balik raya”..makkk..maluuuu..haha ๐Ÿ™‚

iye..betul..masih awal lagi utk dibincangkan..puasa pun belum..hari ni baru 20 syaaban 1432H..ada lbh kurang 10 hari lagi ramadhan nak menjelma..takkan dah sebok nak raya?btul tak?sabar je lah.. ๐Ÿ˜‰

Apakah Sindrom Polisistik Ovari (SPO)?
Sindrom Polisistik Ovari adalah masalah kesihatan wanita yang disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon dan masalah rintangan insulin yang menghasilkan simtom-simtom tertentu. Set simtom-simtom ini dikenali sebagai SPO, iaitu sejenis penyakit sistem endokrin. Sistem endokrin terdiri daripada sekumpulan kelenjar yang menghasilkan hormon-hormon yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi. SPO adalah disfungsi yang melibatkan seluruh sistem badan dan bukannya setakat ovari.

Kegagalan ovari dalam menghasilkan hormon dalam jumlah yang betul dipercayai menjadi punca SPO. Kelenjar pituitari akan menghasilkan hormon peransang folikel (HPF) dan hormon peluteinan (HP) yang berlebihan apabila ia mengesan ovari berfungsi secara luarbiasa. Tahap hormon yang berlebihan ini akan menyebabkan ketidak seimbangan hormon di dalam badan. Penghidap SPO boleh menghadapi masalah kemandulan apabila proses ovulasi terganggu oleh masalah ketidak seimbangan hormon.

Ovari Berpolisistik vs Sindrom Polisistik Ovari
Bukan semula wanita yang mempunyai ovari berpolisistik menghidapi SPO. Wanita-wanita ini boleh menjalani kehidupan seperti sedia kala tanpa menunjukkan sebarang sintom yang berkaitan dengan SPO. Walaubagaimanapun, wanita yang mempunyai ovari berpolisistik mempunyai kecenderungan untuk menghidap SPO. Tabiat gaya hidup yang kurang sihat seperti bekerja di dalam keadaan yang penuh dengan tekanan dan mengamalkan tabiat pemakanan yang kurang sihat boleh mengakibatkan simtom-simtom SPO terbentuk.

Bagaimanakah Rupa Ovari Berpolisistik
Ovari berpolisistik terbentuk apabila sista-sista kecil di dalam ovari menyerupai segugus anggur. Sista-sista ini adalah folikel-folikel pra-matang yang gagal melepaskan telur dalam proses ovulasi. Saiz sista-sista ini adalah sangat kecil, ukuran rentas sebiji sista biasanya 2 ke 8 milimeter.

PCOS

Sista Yang Bermasalah
Ramai yang beranggapan sekiranya sista-sista ini dibuang, mereka akan sembuh sepenuhnya dari menghidapi SPO. Apa yang mereka kurang fahami ialah sista-sista ini adalah salah satu simtom SPO dan bukannya penyebab SPO. Sista-sista ini terbentuk akibat ketidak seimbangan hormon. Sebagai contoh, hormon peransang folikel (HPF) akan mengakibatkan folikel terbentuk disekeliling setiap telur di dalam ovari. Tetapi akibat ketidak seimbangan hormon-hormon tertentu, telur-telur ini gagal mencapai tahap kematangan yang sepatutnya. Telur-telur yang pra-matang akan membentuk sista-sista yang tidak mengecut atau lenyap sama sekali.

Apakah Akibat Sekiranya Sista-Sista Ini Dibuang
Sekiranya sista-sista ini dibuang melalui pembedahan, sebahagian besar ovari tersebut akan turut dibuang. Ini bermakna sebahagian besar telur-telur yang sihat akan turut dimusnahkan. Ini mengakibatkan ovari tersebut akan berhenti berfungsi sama sekali. Apabila ovari berhenti berfungsi, wanita tersebut akan mengalami simtom-simtom menopause. Seseorang wanita yang mengalami menopause pra-matang sebelum mencecah usia 45 tahun akan terdedah kepada risiko kesihatan seperti osteoporosis.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sista-sista ini adalah salah satu simtom-simtom SPO dan bukan penyebab SPO. Sekiranya masalah ketidak seimbangan hormon dapat ditangani, sista-sista ini boleh lenyap dengan sendiri ataupun jumlahnya dapat dikurangkan.

INFO TAKEN FROM MALAYSIA PCOS CENTER

kursus

Posted: July 13, 2011 in kerja

KURSUS PPK – ADOBE PHOTOSHOP & ADOBE ILLUSTRATOR
11 – 14 JULAI 2011
POLITEKNIK SEBERANG PERAI