Archive for August, 2011

rindu, benci, kasih, sayang, cinta

Posted: August 25, 2011 in cinta


assalamualaikum..

ni saya curi dari blog analola..keh keh keh

Cikgu Tanya Kehadiran Anak Muridnya

Cikgu : RINDU ?
Rindu : Hadir Cikgu
Cikgu : Benci ?
Benci : Saya !
Cikgu : KASIH ?
Murid2 : Tak Hadir Cikgu
Cikgu : SAYANG ?
Murid2 : Sakit Cikgu
Cikgu : CINTA ? CINTA mana ?
Rindu & Benci : Cinta Pulang Cikgu
Cikgu : Kenapa ?
Serentak Rindu & Benci Menjawab : Kerana CINTA Tak Akan Pernah Hadir Tanpa KASIH & SAYANG
(^_~) ♥♥♥

sabar

Posted: August 24, 2011 in cinta, kesihatan, pregnant, puasa

dia…

Posted: August 22, 2011 in cinta, suamiku

Suami saya adalah seorang jurutera. Saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.

Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan perceraian.

“Mengapa?” dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih. Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya, “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada satu soalan. Kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti. Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…

“Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor. Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi. Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, Abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menyusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang.

Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”

“Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.
sedih btul baca cerita ni..tak tahu la kesahihannya..tp tak kisah lah..yg penting, ada pengajaran buat saya dan mungkin juga buat kawan2 yg lain..saya tahu dia tidak sempurna, byk kekurangannya..saya sendiri juga begitu..so saya tidak boleh mengharapkan sesuatu yang luarbiasa dari si dia..cukuplah dia cuba buat yang terbaik untuk membahagiakan saya setakat yang dia mampu..dan saya akan menerima dia seadanya, menghargai setiap pengorbanan yg dia lakukan terhadap saya..love him sooo much 😉

abah

Posted: August 19, 2011 in family, puasa

assalamualaikum..

pagi smlm dapat SMS dari nani..”baru balik klinik.abah demam panas.heartbeat abah tinggi
ya Allah..lepas je baca SMS tu, terus jantung saya berdebar2..rasa heartbeat saya plak yg tinggi 😦

pastu saya terus la call nani..tp tak berjawab la plak..hmm..risau sgt..sedangkan baru je pagi sebelum tu saya call umi..takde plak umi cakap abah sakit or demam..makna nye tiba2 je abah demam panas..mujurlah nani dan zaim ada kat rumah..ada gak org yg boleh tlg jaga sebab umi pegi keje..pastu nani mesej, cakap abah dah ok sikit..dah mula berpeluh..hmm..lega dah sikit hati saya ni..

saya memang dah plan nak balik kg malam ni..mirah plak,nak ikut balik gak..so dia pegi beli la tiket bus..mujur dapat 1 bus yg sama dgn saya..

eee..tak sabar nye nak balik kg..rindu nak berbuka dgn family saya kat kg..rindu nak solat tarawih berimamkan abah saya kat rumah..rindu nak bersahur minum air milo yang abah saya wat utk semua anak2 dia..ahhh..rindu sangat kat abah, dan juga umi saya.. 😦

info : Kadar degupan jantung ketika rehat yang normal adalah 70 hingga 75 degupan seminit (bagi lelaki) dan 75 hingga 80 degupan seminit bagi wanita.

1. Kita diajar dalam buku biologi,

buku pemakanan menerangkan bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.

tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan.so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.

Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu.
Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck.
Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol,

namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad.Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita.Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus,

namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat,

contohnya coke dan maggi.Coke tu sangatlah beracun,pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).

6. Untuk pengetahuan, para agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,kanser ovari,kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium,magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis rekod Nabi Muhamad:

“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,
maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.”

INFO TAKEN FROM TEH SECAWAN

10 Peringatan Bumi

Posted: August 10, 2011 in ilmiah


Berkata Anas Bin Malik r.a; sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan 10 perkara :-

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku. tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10.Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

INFO TAKEN FROM TEH SECAWAN

tired

Posted: August 8, 2011 in puasa

assalamualaikum

i’m sooo tired today..plus sleepy and hungry..why?because i didn’t wake up for sahur this morning..when i open my eyes, i heard azan for subuh..it’s too late.. 😦 this is my first time i don’t have my sahur for this year..but it’s ok..i hope i can survive!!this is only a light challenge for me..insyaAllah.. 😉

p/s: tetiba mood nak tulis in english la pulek..