Archive for September, 2011

1234

Posted: September 28, 2011 in suka suki

assalamualaikum..

Dah lame tak hapdet (sesuka ati nak guna word ni) blog..klau hapdet pun, just post info2 je..saya malas lah nak mengarang..takde idea.. 😦

so, ada apa pada 1234 tu?hmmm..bila bukak je blog ni tadi, otomatik mata saya terus tertumpu ke TETAMU RUMAH INI..1234..wahhh..bukan kagum dengan bilangan pengunjung yg konon ramai tu (malu jek..blog org lain dah beribu2 berjuta2 tak kecoh pun..hehe) tapi sebab kagum dengan no tu la..1234..cantik kan.. 😉

p/s: gambar adalah hiasan semata-mata

Advertisements

Polycystic ovarian syndrome atau nama singkatanya PCOS adalah masalah perubatan dimana ovari anda bertindak secara tidak normal yang menyebabkan terjadinya masalah haid tidak teratur, tiada haid dan masalah infertiliti. PCOS adalah diantara penyebab utama ketidaksuburan dan terjadi pada sekitar 5 hingga 10 peratus wanita pada usia reproduksi.

Gejala PCOS boleh terjadi seawal puberti, iaitu ketika haid pertama kali bermula. Ia disebabkan oleh ovari yang gagal merembeskan hormon dalam kuantiti yang sepatutnya dan berlakulah ketidak seimbangan hormon yang menyebabkan tumbesaran folikel terbantut dan gagal mengeluarkan telur. Walaubagaimanapun kebanyakkannya gejala PCOS berlaku lebih perlahan lahan dan berperingkat- ringkat dan menjadi lebih ketara apabila meningkat usia.

Gejala PCOS mungkin termasuk:
*Menstruasi yang tidak teratur atau tiada langsung sampai berbulan bulan
*Peningkatan bulu pada badan dan muka (juga dikenali sebagai hirsutism)
*Jerawat
*Gelap warna kulit di sepanjang leher, ketiak, celah kangkang, dan di bahagian dalam paha
*Masalah Obesiti
*Jangkitan kulat vagina
*Masalah kencing manis

Apa kesan PCOS terhadap saya dan bagaimana Ia mempengaruhi kesuburan Saya?
Masalah PCOS selalunya berpunca dari kelenjar pituitari lagi. Kelenjar pituitari yang terletak pada otak adalah kelenjar utama badan manusia yang memainkan peranan dalam mengawal rembesan hormon untuk seluruh tubuh kita. Disebabkan ketidaknormalan pada kadar rembesen hormon LH dan FSH dari pituitari, folikel folikel yang membentuk pada awal kitaran haid gagal matang, menyebabkan telur tidak dilepaskan dan ovulasi tidak berlaku. Disebabkan tiada ovulasi, kadar rembesan hormon progesteron menjadi rendah dan tidak seimbang dengan hormon tahap hormon lain seperti estrogen dan androgen. Progesterone adalah hormon yang penting untuk memastikan kitaran haid yang normal.

Kekurangan hormon progestrone menyebabkan haid tidak teratur atau tiada langsung kadang kadang berbulan bulan lamanya. Bila haid bermula, pengidap PCOS selalunya akan mengalami haid yang banyak dan sakit senggugut yang melampau disebabkan oleh tisu tebal dan darah yang terkumpul akibat dari haid yang lewat.

PCOS juga menyebabkan konsentrasi yang lebih tinggi hormon lelaki (androgen) menyebabkan ramai pengidap PCOS mengalami bulu badan yang berlebihan.

Disamping itu, ramai pengidap PCOS mengalami tahap insulin yang tinggi yang boleh menganggu tumbesaran folikel menyebabkan follikel gagal matang terjadilah cyst cyst kecil pada ovari . Cyst cyst yang terlalu banyak akan menyebabkan ovari menjadi bengkak dan ini boleh dilihat pada ujian Ultrasound.

Siapa yang Berisiko? Apa Punca PCOS?
Wanita dengan PCOS sering mempunyai ahli keluarga yang mempunyai masalah yang sama dan ia dikaitkan dengan masalah genetik. Ini bermakna bahawa jika anda mengalami PCOS, kemungkinan besar anda ibu dan saudara perempuan yang lain juga mengalami PCOS. Sekiranya anda mempunyai anak perempuan, ada berkemungkinan yang anak anda juga mendapat masalah yang sama.

Bagaimana diagnosa PCOS dibuat?
Untuk memberikan diagnosa yang tepat, sejarah perubatan akan diambil termasuklah kitaran haid anda dan sejarah keluarga.

Pemeriksaan fizikal termasuk pemeriksaan faraj and ujian US. Beberapa ujian darah seperti ujian hormon LH and FSH akan diambil. Ujian Ultrasound faraj mungkin juga akan dilakukan untuk melihat dengan jelas cyst cyst kecil pada ovari anda.

Bagaimana PCOS dirawat?
Rawatan bergantung sepenuhnya pada gejala anda dan juga keinginan anda untuk hamil. Saranan selalunya diberikan tentang pemakanan seperti pengurangan karbohidrat dalam diet dan senaman untuk mengurangkan tahap insulin. Bagi mereka yang ingin hamil, ubat subur seperti clomid atau Gonal F akan diberikan untuk mencetuskan ovulasi. Dalam kes- kes dimana ubat subur tidak begitu efektif, ovarian drilling mungkin disarankan untuk memecahkan cyst cyst kecil pada ovari.

Wanita dengan PCOS harus menyedari potensi risiko kesihatan jangka panjang. Risiko untuk mendapat kanser rahim dan kencing manis adalah tinggi.

PCOS juga dikaitkan dengan penyakit jantung, tahap kolesterol yang tidak normal dan tekanan darah tinggi dan wanita yang mengidap PCOS dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan secara rutin. PCOS adalah masalah yang anda alami sejak anda dilahirkan dan setakat ini tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya. Walaubagaimanpun dengan rawatan yang tepat, gejala PCOS pasti dapat dikawal.

Sekiranya anda berhasrat untuk hamil, terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh anda jalani dan menjadi hamil bukan sesuatu yang mustahil.

INFO TAKEN FROM ALAMHAMIL.COM

Jam Biologi Tubuh

Posted: September 13, 2011 in ilmiah, kesihatan


Setiap bahagian tubuh kita,telah dijadikan oleh Allah SWT bekerja mengikut waktu-waktunya yang tersendiri dalam usaha mengekalkan tahap kesihatan seseorang manusia supaya berada pada tahap terbaik.

Jom lihat bagaimana bahagian tubuh bekerja mengikut waktunya.

Jam 9-11 malam: Pada waktu ini,sistem antibodi tubuh ( lymph nodes ) akan melalui proses detoksifikasi atau nyah kimia toksik dari badan. Jadi,pada waktu ini,kita sepatutnya berada dalam keadaan relaks atau santai dengan cara berehat,menonton atau mendengar muzik yang menenangkan. Bagi orang Islam,masa ini patut diisi dengan ibadah ringan seperti membaca Al-Quran atau berzikir.

Namun,seperti yang diketahui,pada masa inilah kebanyakan surirumah masih lagi bekerja menyiapkan segala urusan rumah tangga seperti mengutip & membasuh pakaian kotor,mengemas dapur,mencuci pinggan mangkuk atau membantu anak-anak menyiapkan kerja rumah.

Seboleh-bolehnya elakkan tabiat begini, atau cubalah alternatif lain yang lebih sesuai agar pada waktu ini anda berpeluang berehat .Bekerja berterusan pada waktu begini hanya memberi impak buruk terhadap kesihatan.

Jam 11 malam – 1 pagi : Pada waktu ini pula proses detoksifikasi dalam hati berjalan. Untuk membantu kelancarannya,pada waktu ini kita tidak lagi sepatutnya makan atau berjaga. Sewajarnya ini adalah waktu untuk mendapatkan tidur yang nyenyak.

Jam 1 – 3 pagi : Proses nyah toksik berlaku dalam hempedu pada waktu ini. Tiada perkara lain yang patut dilakukan pada waktu ini,melainkan tidur.

Jam 3 – 5 pagi : Proses detoksifikasi dalam paru-paru. Penghidap batuk,biasanya pada jam ini akan lebih kerap batuk oleh kerana proses detoks telah sampai ke saluran sistem pernafasan. Disarankan agar jangan mengambil sebarang ubat batuk pada ketika hal ini berlaku untuk mengelakkan gangguan proses nyah toksin.

Jam 5 – 7 pagi : Detoksifikasi dalam kolon ( usus besar ) sedang berlaku. Pengosongan usus ( proses membuang air besar ) pada waktu ini adalah amat menyihatkan.

Jam 7 – 9 pagi : Sangat besar faedahnya jika sarapan dapat diambil dalam tempoh ini. Ini kerana inilah masa terbaik bagi usus menyerap nutrien yang penting untuk tubuh. Namun bagi anda yang mungkin sedang sakit, ambilah sarapan lebih awal sedikit iaitu sebelum jam 6:30 pagi. Dan jika anda mahu kekal sihat,sarapan sebelum jarum jam mencecah 7:30 pagi amatlah digalakkan.

Sumber : Majalah ANIS

Madu dan Habbatus Sawda’

Posted: September 12, 2011 in ilmiah, kesihatan, pregnant

10 Fakta Benar Madu dan Habbatus Sawda’ Yang Wajib Anda Ketahui

(1) Allah S.W.T telah mengabadikan keistimewaan madu lebah di dalam al-Quran yang bermaksud “Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai PENAWAR bagi manusia”, (An-Nahl:69).
Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Tetaplah kamu berubat dengan Habbatus Sawda’ ini kerana sesungguhnya ia mengandungi bahan penyembuh bagi setiap penyakit kecuali maut”, (H/R: Bukhari).

(2) Ibn sina dalam kitabnya “al-Qanun fi al-Tibb” menyatakan Habbatus Sawda’ mampu melancarkan pengeluaran darah haid wanita yang bermasalah dan juga a bertindak menghancurkan batu karang pada buah pinggang serta tempat berkumpulnya air kencing. Habbatus sawda’ perlu dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum untuk beberapa hari.

(3) Ibn Qayyum al-Jawziyah (691-751) menulis dalam kitabnya yang cukup terkenal “Zad al’ Mi’ad fi Huda Khayri al Ibad”: Jika Habbatus Sawda’ dihancurkan dan dicampurkan dengan madu, kemudian diminum dengan air panas, ia dapat menghancurkan batu karang yang terdapat dalam buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing. Melancarkan keluarnya air kencing, darah haid dan susu ibu. Orang yang lumpuh sebelah badan maka dianjurkan supaya menyapu minyak Habbatus Sawda’ ke atas anggota badan. InsyaAllah akan sembuh dari lumpuh.

(4) Madu mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potasium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi. Seorang Pakar Perubatan dari Poland memberitahu bahawa madu lebah berkesan dalam merawat Penyakit Buasir, Penyakit Kulit dan Penyakit Puan.

(5) Penulis buku “Planetary Herbalogy” Dr. Micheal Tierre,mendapati Habbatus Sawda’ mengandungi METASITOSTEROL. Ia adalah bahan ANTIKANSER yang berkesan.

(6) The Journal of America Scientists melaporkan, Habbatus Sawda’ bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi antihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotik (pembunuh kuman), antimycotic (antikulat) dan dilating effect (pengembang saluran pernafasan).

(7) Kamus kedoktoran “Larousse” menjelaskan bahawa Habbatus Sawda’ mengeluarkan angin dari perut, menambah ghairah seks dan melancarkan darah haid.

(8) Madu berperanan sebagai ejen antioxida yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal iaitu penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.

(9) Kajian Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat, menunjukkan madu lebah mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, Thiamin, Miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.

(10) World Apiculture Conference yang diadakan pada 20-26 September 1993 di China mengakui bahawa madu lebah mengandungi GLUKOSA dan FRUKTOSA yang mudah dihadam. Apabila dicampur dengan air, ia meresap masuk ke dalam darah dalam masa 7 minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak.

INFO TAKEN FROM MADUMASAD.COM