Archive for October, 2011

Posted: October 30, 2011 in pregnant, suamiku

assalamulaikum

tetiba ada mood nak menulis..hmmm..jumaat lepas saya ada tgk 1 rancangan reality artis barat, khloe and lamar..biasa lah artis sana suka sgt terbitkan rancangan yg memaparkan kisah hidup dorang..suka publisiti kan, di samping dapat duit poket yg sangat banyak sebab rating tinggi..salah seorang penonton nye saya lah ๐Ÿ˜‰

ape kisah episod tu?hmm..khloe n lamar ni rasa2nye dah setahun kot kawen..so si ibu tertanya2 la nape anaknya tu tak ngandung2 lagi..dan dia suggest anak dia pegi jumpa gynaecologist..si khloe ni, kalau sape2 penah tgk rancangan reality family dorang (keeping up with the kardashians), mesti tau sikap anak2 dgn ibu dorang nih..tersangatlah kurang ajar bila bercakap, but they’re still happy family (heran gak saya)..so dalam episod tu, khloe sangat tak setuju n marah2 kat ibu dia..dia tak rasa pelik pun dia tak pregnant lagi..siap luah kat kawan baik dia, cakap SEMUA WANITA TAKKAN ADA MASALAH KALAU NAK PREGNANT..so watpe nak gi jumpa gynae..tapi pas dipujuk oleh kawan, akhirnya khloe pegi gak check dgn gynae..saya tgk apa yg dilalui oleh khloe masa jumpa gynae tu, sama je dgn apa yg saya lalui..buat normal check up..pastu saya tak tgk dah rancangan tu sampai abis..

apa yang saya nak tulis kat sini, saya tak setuju dgn kata2 khloe tu..dia anggap senang je nak pregnant,walhal dia belum pregnant lagi walaupun dah setahun mencuba(namun dia tersedar lah lepas tu)..iye..mmg ada manusia yg beranggapan sebegitu..sape2 yg mudah lekat, mmg dia takkan rasa n faham perasaan org yg susah nak pregnant macam saya ni..tanpa sempat mengatur ayat,laju je mulut tu berkata2 kan..kalau lah masalah infertility tu bukanlah satu perkara yg besar, takkan wujudlah bidang gynaecology dan pusat2 kesuburan kat dunia nih..kalau kita tidak dikelilingi oleh org2 yg sukar pregnant mcm saya ni, maka kita takkan tahu pun permasalahan ini..

waktu saya belum kawin dulu,mmg ada ramai kawan2 saya yang belum pregnant walaupun dah bertahun2 kawin..so saya sendiri sudah bersedia utk menghadapinya sekiranya ianya berlaku kepada saya..and it really happen to me..it’s ok..saya redha, namun saya tetap mencuba and kuatkan diri agar tidak berputus asa..and luckily i got a very understanding husband..alhamdulillah ๐Ÿ˜‰

rasanya panjang plak entry saya kali ini..ini bukan sesi melepaskan kemarahan, juga bukan sesi meluahkan kekecewaan..i just miss my hubby, baru je hantar dia kat butterworth tadi ๐Ÿ˜ฆ
just nak minta kawan2 kat luar sana doakan agar apa yg kami usahakan membuahkan hasil suatu hari nanti..saya pun teringin nak anak2 yg comel macam u olss.. ๐Ÿ˜‰ thanks ye

Advertisements

DALAM hidup ini ada tujuh hal yang tidak boleh kita ubah iaitu:

1) Jenis kelamin dan jantina
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi tidak mampu mengubah roh (spirit) orang berkenaan. Terimalah dirimu, sama ada engkau wanita atau lelaki.

2) Orang tua
Kamu mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun! Jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka! jika tidak situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan teguran memang tidak boleh berhenti.

3) Hari kelahiran
Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita menyesalinya.

4) Bentuk Fizikal
Jika anda mempunyai rambut keriting, terima sajalah. Jika hidung kamu kurang menarik atau kulit sawa matang terimalah seadanya. Memang kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semula jadi.

5) Masa lalu
Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran.

Justeru, โ€˜berdamailahโ€™ dengan masa lalu demi membina masa depan.

6) Kedudukan dalam keluarga
Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung, atau tengah, tidak boleh diubah dan terimalah seadanya.

7) Suku bangsa
Jangan sekali menyesal menjadi orang Melayu, Jawa atau Cina. Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita.

Ada lima resipi untuk melakukan perubahan diri antaranya:

1) Mulalah berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda.
Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama.

2) Lakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata.
Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri.

3) Lakukan perubahan pada masa sekarang. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya.
Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan.

4) Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati.
Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa.
Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.

5) Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita.
Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama.
Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya.

INFO TAKEN FROM HMETRO

nothing

Posted: October 17, 2011 in suka suki

assalamualaikum..

nak tulis ape ye?takde pape kot..dah tajuk pun nothing..
ok..babai.. ๐Ÿ˜‰