Archive for February, 2012

KURSUS

Posted: February 22, 2012 in kerja

20 – 21 FEBRUARI 2012

KURSUS APLIKASI KOMPUTER DAN BENGKEL PEMBINAAN ITEM PB BC101

 

22 – 23 FEBRUARI 2012

KURSUS GEOGEBRA DAN BENGKEL PEMURNIAN ITEM PB MATEMATIK

 

TEMPAT : MAKMAL G1, JMSK, PSP

MASA : 9.00 PAGI – 5.00 PETANG

 

Advertisements

sentap kah?

Posted: February 20, 2012 in baby, friends, pregnant

assalamualaikum..

tadi happy je tulis pasal honeymoon kat Pulau Aman..pastu sambil menikmati laksa yg preggy woman rajin masak, kiah, tetiba nampak kawan lama ajak chat kut fb..last jumpa masa konvo usm dulu lah..dia kawin kalau tak silap dah 3 tahun lebih..sekarang pregnant dah masuk 6 bulan, anak sulung..dulu dia pjj gak dgn hubby, tahun lepas baru dapat duk bersama..alhamdulillah, rezeki dia, terus berjaya pregnant..

actually, that’s not the issue here..masa chat tadi, biase lah..saya tanya khabar dia n her pregnancy..she’s so excited, cakap baby dah mula tendang-menendang..saya tersenyum, tumpang happy because she’s one of my gang masa kitorang same2 study dulu..then dia cakap dia berdebar, tak tahu nak beranak camne..so saya cakaplah, btul tu, 1st time kan..mesti kita tak tau camne situasi tu nanti kan..pastu dia cakap nak scan 3d pun dia takut..then i ask why?tibe2 dia jawab dgn kasar, ayat dia siap ada word ‘WEI’..erkkk..apekah maksudnye itu?marah kah dia bila saya tanya mcm tu?since saya TAK PERNAH PREGNANT, so saya tak tahulah mcmane caranye nak scan 3d tu..lain kah caranya dgn scan biasa?yg biasa tu saya pernah wat..hmmm..dia cakap dia takut nak scan 3d sebab tak bleh nak bayangkan muka baby, keadaan bby..ohhh..mungkin dia ingat saya tak memahami dia..okay..i know that i TAK PERNAH PREGNANT, so MEMANG TAK PAHAMLAH..

february…

Posted: February 20, 2012 in cinta, suamiku

assalamualaikum..

eh eh..rajin plak saya menulis hari ni ye..3 posts in a day!maybe semangat menulis tu datang sebab ada kursus aplikasi komputer.group saya wat labwork internet-create an email and a blog!hehe..tp 2 entry saya yg sebelum ni saya just copy n paste dari blog lain..okla tu.. 😉

hmmm..nak cite sikit..skang ni dah masuk bulan 2.ohhh..i loveee february..why?because its my bulan cinta..opsss..takde kaitan dgn valentine’s hokay..its my anniversary month!!26 february ni genaplah 2 tahun usia perkahwinan kami..baru 2 tahun ke, dah 2 tahun??tak kisah lah.yg penting bahagia.hehe..

2 tahun bersama, rasa2 macam byk sgt yg saya tempuhi bersama si dia, walaupun kami berjauhan..pahit, manis, masam, masin, tawar, ketawa, menangis, menjerit, semua ade lah..tapi semua itu adalah dugaan dalam perkahwinan, yg saya percaya ianya berlaku dalam setiap rumahtangga..bg saya, semua itu makin menguatkan rasa cinta antara kami..chewahhh

taknak feeling2 lah..actually bulan ni kami sambut 2kali anniversary tau..kali pertama pada 5 february hari tu..ye, kalau ikut tahun Islam, kami nikah pada hari Maulidurrasul 2 tahun lalu..so kami plan utk pegi bercuti a.k.a 2nd honeymoon di Pulau Aman.konon2 nak jauh dari org lah.almaklumlah, kami mmg tak penah pegi bercuti berdua since honeymoon kat cameron masa mula2 kawin 2tahun lepas..huhu..

so 5hb tuh, kami pun bertolak lah ke destinasi (bunyi mcm jauh je)hehe..saya yg excited sebenarnya nak ke sana.dah lame nak pegi tempat yg tenang dan aman.nak release tension n hanya nak bersama org tersayang je.masa sampai kat sana,cuaca punye la panas.sian plak tgk en suami, berpeluh2 sebab kami kena berjalan agak jauh utk ke chalet yg saya ‘book’ tuh.tapi jgn risau ye abg, isteri awak ni dah sedia siap2 tuala kecik utk lap peluh awak tu.sambil dia heret beg kami,saya lap la peluh dia..wahhh..romantik mak 😉

pas check in, kami rehat jap (konon2 penat lah jalan)..amik angin kat chalet..seronok betul, 1st time dapat berdua2an dalam 1 rumah!hihi..chalet tu chalet terapung..ada beranda yg mengadap laut..sgt cantik pemandangan kat situ..sgt menenangkan..bleh nampak obor2 comel yg bebas berenang, ikan2 kecil yg berebut mknn yg dicampak oleh en suami(saya sgt marah dgn perbuatan ini ye)..

Chalet Koperasi Pulau Aman

pemandangan dari beranda chalet

then pas asar, kami kuar jalan2 keliling pulau..jalan kaki je dah cukup sebab pulau ni kecil, and takde kereta pun ye..penduduk sini just pakai motorsikal n basikal je..since ianya pulau, mestilah ada pesisiran pantai kan..tp pantai ni tak bleh mandi, air nya tak bersih lah..takde sape mandi pun..just tgk pemandangan je lah..tak sampai 2 jam, dah abis dah pun island tour kami..pastu kami pegi makan kat restoran nelayan a.k.a restoran terapung..kat situ glamer dgn mee udang, so kami try lah..sedap, sampai en suami mintak sepinggan lagi..hmm..maybe dia lapar kot, sebab lunch tadi kami mkn bekal nasi goreng petai yg saya wat utk breakfast..erkkkk 😉

pemandangan di waktu senja

malam nye kami kuar mkn angin mlm plak..masa tu dah pkul 9lebih, ingat nak lepak kedai mkn..tp kaciwa sebab dorang tutup kedai awal lah..kedai pun tak byk, kami just jumpa 2 kedai kopi n 1 kedai makan..huhu..sempat beli air kopi je, tu pon bungkus..alamak..suami lapar lagi, what should i do?hehe..nasib baik ada akak yg bukak gerai burger..so kami beli lah burger sebijik..sebijik je?knape ye?coz i’m on diet..mane bleh mkn mlm..hihi..

malam sebelum tido, kami lepak kat beranda chalet tu..sejuknye angin malam..kami sembang2 sambil en suami main dgn ketam kecik yg naik ke beranda tu..haha..sangat seronok sebab rasa macam baru nak mengenali diri masing2, baru nak tanya kisah zaman kecik2 dulu..hehe..agak lewat tido malam tu, lagipun keadaan kat luar chalet bising ckit..ada family yg sewa chalet sebelah (jenis dorm), wat family day..dorang bbq malam tu..bagus gak, coz chalet yg kami duduk tu paling hujung..seram pun ada..so saya taknak lah sunyi2 kan..tido pun bukak tv..hehe

esoknya lepas check out,kami pergi makan kat gerai yg dah tutup malam sebelum tu..warung kak timah..saya makan nasi goreng udang, suami plak nasi goreng sotong..wahhh..sangat sedap, tp saya tidak menikmati sangat sebab sakit gigi..huhu..pas makan,kami pun balik lah dengan hati yg gembira (ayat poyo)..

nasi goreng udang

nasi goreng sotong (yg ditambah sotong 😉 )

itulah kisah honeymoon kami..hehe..so far, pulau aman memang sgt aman n damai..maybe tak byk aktiviti yg bleh dibuat kat sana..tp kalau utk menenangkan hati dan mencari kedamaian, it’s a right place!

jom balik!!

hmm..hujung minggu ni plak, kami akan sambut anniversary yg btul2 pada tarikh nye kat kg suami..aiyakkk..segan nye sebab en suami mintak MIL wat makan2 ckit..huhu..takpe..kita tengoklah apa yg akan jadi nanti..segan maaa.. 😉

IUI

Posted: February 20, 2012 in ilmiah, pregnant

Apa itu IUI?
IUI bermaksud ‘Intra Uterine Insemination’, satu prosedur di mana sperma suami dimasukkan terus kedalam rahim isteri dengan harapan terjadi persenyawaan dan seterusnya kehamilan

Bagaimana IUI dibuat?
IUI sebenarnya adalah prosedur yang ringkas dan mengambil masa yang sekejap untuk di buat. Semasa IUI, satu kateter (tiub) berupa alat plastik kecil yang mengandungi sperma akan dimasukkan kedalam rahim melalui serviks. Ia selalunya mengambil masa kurang dari 3 minit.

Bila dan dimana sperma akan di kumpul?
Sperma boleh dikumpulkan dirumah sekiranya rumah anda dekat dengan klinik anda. Botol steril akan diberikan dimana air mani akan dikumpulkan selepas ejakulasi. Untuk sampel air mani yang segar, ia hendaklah sampai ke klinik dalam masa 1/2 jam selepas ejakulasi. Sekiranya rumah anda jauh dari klinik anda, koleksi air mani akan dibuat diklinik.

Adakah sperma perlu di ‘cuci’ sebelum IUI?
Ya! “Sperm Washing’ perlu dibuat sebelum IUI. Ia mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. Sebaik sehaja ia dicuci, IUI akan dilakukan.

Adakah IUI dibuat sebelum atau selepas saya bertelur (ovulasi)?
Selalunya doktor akan membuat IUI disaat-saat ovulasi akan berlaku iaitu 24-36 jam selepas injeksi HCG, iaitu ubat yang bertanggung jawap untuk ovulasi berlaku. Jadi secara umumnya, IUI dibuat 6 jam sebelum ovulasi kerana sperma sebenarnya tidak tahan lama.
Ada juga doktor yang memilih untuk membuat 2 IUI dalam satu kitaran, dalam kes ini, IUI selalunya akan dibuat 12-48 jam selepas injeksi HCG dengan IUI sekurang-kurangnya 12 jam diantaranya.

Adakah jumlah sperma penting IUI?
Sekurang-kurangnya 5 juta sperma diperlukan untuk IUI. Sekiranya jumlahnya lebih rendah, peluang kejayaan juga rendah. Secara umumnya, 20 juta keatas adalah ideal untuk IUI.

Adakah IUI menyakitkan?
Ia tidaklah menyakitkan tetapi anda mungkin merasa sedikit rasa tidak selesa semasa kateter dimasukkan kedalam rahim dan ketidak-selesaan ini lebih kurang sama dengan ketidak-selesaan semasa menjalani ujian PAP.

Adakah saya akan hamil selepas IUI pertama kali?
Seperti juga persenyawaan melalui tabung uji, beberapa kitaran IUI diperlukan sebelum anda berjaya hamil. Ada doktor yang menyarankan dua kali IUI dalam satu kitaran untuk meninggikan peluang hamil. Sekiranya kehamilan tidak berjaya selepas beberapa kali mencuba, mungkin doktor akan menyarankan IVF atau Persenyawaan melalui Tabung Uji.

Bagaimana dengan kadar kejayaan IUI?
IUI secara semulajadi iaitu tanpa pengunaan ubat selalu mempunyai kadar kejayaan yang kecil iaitu 6%. Tetapi sekiranya mengunakan ubat dan injeksi ditambah dengan kehadiran folikel yang berganda, kadar kejayaan boleh mencapai 30%. Jumlah sperma juga boleh menjadi penentu. Sperma yang kurang kualiti memberikan kadar kehamilan yang lebih rendah.Secara keseluruhan, kadar kejayaan untuk satu kali cuba adalah diantara 15-20%.

Berapa cepat selepas IUI saya boleh mengambil ujian untuk kehamilan?
Disarankan untuk anda menunggu satu minggu selepas anda ‘missed period’ sebelum membuat ujian kehamilan.

Adakah sebarang risiko berkaitan dengan IUI?
IUI adalah prosedur fertiliti yang kurang memberikan tekanan kepada wanita kerana ia agak ringkas. Walabagaimanapun, ia juga mempunyai beberapa risiko termasuk sakit perut, pendarahan dan ‘spotting’, semasa atau selepas prosedur. Terdapat juga risiko untuk mendapat penyakit kelamin sekiranya suami ada adalah pembawa kuman tersebut. Penggunaan ubatan IUI juga boleh membawa risiko seperti kehamilan kembar, triplets, atau ovarian hyperstimulation syndrome, tetapi dengan pantauan doktor yang rapi,risiko sebegini kurang terjadi.

Apakah kos untuk setiap ujian IUI?
Kos IUI adalah berbeza dari klinik ke klinik dan ia juga bergantung kepada jenis ubatan yang diberikan sebelum IUI dibuat. Tetapi umumnya ia adalah diantara RM 550-800 tidak termasuk kos ubatan.

INFO TAKEN FROM ALAMHAMIL.COM

IVF

Posted: February 20, 2012 in ilmiah, pregnant

Berita kelahiran seorang bayi oleh Puan Brown di England telah menggemparkan seluruh dunia kerana ini merupakan bayi pertama dalam sejarah yang telah disenyawakan di luar tubuh manusia. Kejayaan ini adalah satu hasil usaha dua pakar perubatan iaitu Dr. Steptoe, seorang pakar Obstetriks dan Ginekologi dan Dr. Edwards seorang ahli fisiologi di University Cambridge. Kedua-dua pakar tersebut telah beberapa tahun lama berusaha bertungkus lumus untuk mensenyawakan benih lelaki dengan ovum perempuan di luar tubuh manusia, dan akhirnya mereka telah menghasilkan satu kejayaan cemerlang.

Persenyawaan benih-benih di luar tubuh (in vitro fertilization) memang telah lama diketahui oleh pakar-pakar perubatan. Ini berdasarkan di atas kejayaan dalam bidang yang sama di kalangan haiwan. Walaupun demikian satu masalah yang terbesar ialah untuk mendapatkan cecair semaian (culture medium) yang sesuai bagi persenyawaan semula jadi, pertemuan dan persenyawaan benih lelaki dan ovum perempuan berlaku pada muncung saluran fallopian. Ovum (benih) perempuan dikeluarkan oleh ovari pada waktu tertentu dan proses ini digelar ovulasi. Ovum yang dikeluarkan biasanya hidup selama 24 jam sahaja. Jika pada jangka masa ini persenyawaan (fertilization) tidak berlaku, ovum akan musnah.

Selepas persetubuhan benih-benih lelaki adalah ditimbunkan di dalam vagina dan terdapat berjuta-juta benih tersebut yang perlu bergerak-gerak menuju ke muncung saluran fallopian untuk proses persenyawaan. Dalam proses inisaluran fallopian mempunyai beberapa peranan penting. Saluran ini menarik ovum supaya mendekati pada muncungnya dan daya tarikan ini didapati dari gerakan-gerakan cilia (rerambut), gerakan berombak-ombak pada muncung saluran fallopian dan juga daya penarikan kimia (chemotaxis). Saluran fallopian juga mempunyai peranan yang sama terhadap pergerakan benih-benih lelaki. Selain daripada itu saluran ini mengeluarkan cecair khusus yang sesuai untuk persenyawaan benih dengan ovum. Keadaan dan suasana yang sesuai adalah sangat penting bagi berlakunya persenyawan. Keadaan ini sangat sukar ditiru di luar tubuh manusia.

Setelah persenyawaan berlaku, hasilnya iaitu embryo, kini menjalani proses pembahagian sel, dan embryo ini perlu melalui saluran fallopian untuk menuju ke ruang rahim. Perjalanan ini biasanya mengambil masa antara 5 atau 7 hari dan apabila sampai ke ruang rahim embryo ini perlu melekatkan jasadnya ke lapisan endometrium dan proses ini digelar ‘implantation’. Bagi kejayaan proses implantasi ini, lapisan endometrium perlu disediakan, iaitu lapisan ini menjalani beberapa perubahan anatomi dan fisiologi, sesuai untuk menerima implantasi embryo itu.

Bagi wanita-wanita yang didapati saluran fallopian mereka tersekat oleh sebab sesuatu penyakit, peluang bagi mereka mendapat kehamilan adalah sangat tipis. Pada keseluruhannya pembedahan bagi membetulkan saluran fallopian (tubal plastic surgery) memberi hasil yang sangat menghampakan. Walaupun banyak perkembangan baru telah berlaku dalam bidang pembedahan ini khususnya dari segi cara pembedahan yang menggunakan ‘microsurgical technique’ namun kadar kejayaan, diukur dari kadar kehamilan selepas pembedahan masih lagi tidak melebehi 30 peratus. Oleh kerana saluran fallopian wanita-wanita tersebut telah tersekat, benih-benih lelaki tidak mempunyai peluang lanngsung untuk bertemu dengan ovum perempuan. Wanita-wanita tersebut akan terus menjadi mandul melainkan satu cara lain dicipta untuk menjayakan persenyawaan dan implantasi. Dari sini timbullah cara persenyawaan di luar tubuh atau ‘in vitro fertilization’.

Sebelum persenyawaan dalam tiub ujian boleh dilakukan beberapa perkara perlu dipertimbangkan. Pertamanya pengambilan ‘ovum’ (benih) perempuan yang telah betul-betul matang dan sesuai untuk disenyawakan. Kedua mencipta cecair semaian (fluid medium) yang sesuai bagi persenyawaan benih. Ketiganya mencipta cara untuk memasukkan embryo ke dalam rahim bagi proses ‘implantation’.

Pengambilan ovum (benih) perempuan adalah satu perkara yang sukar. Wanita hanya mengeluarkan satu benih sahaja pada setiap bulan. Ovum ini dikeluarkan oleh ovari dari suatu struktur yang digelar graffian follikal. Terdapat banyak follikal-follikal di dalam ovari seseorang wanita dan mereka berkembang di bawah pengaruh hormon-hormon FSH dan LH untuk menjadi benih. Oleh kerana ovari terletak di dalam ruang pelvis, pengambilan ovum (benih) mestilah memerlukan pembedahan. Pengambilan ovum ini juga mestilah tepat waktunya iaitu ketika ovum itu telah betul-betul matang iaitu setelah ia menjalani proses maturasi. Ovum juga merupakan satu struktur yang amat kecil yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Sebelum pembedahan dilakukan untuk mengambil ovum (benih) penentuan mestilah dilakukan untuk memastikan berlakunya maturasi benih. Beberapa cara penentuan ini boleh dilakukan seperti dengan mencatatkan suhu badan (basal body temperature chart), penyukatan paras hormon dan memerhatikan bentuk lendir pangkal rahim (cervical mucus). Penentuan ini adalah sangat penting bagi kejayaan usaha mengambil ovum (benih). Satu alat khas digunakan untuk tujuan mengambil ovum, alat ini digelar ‘laparoscope’ iaitu sejenis alat teropong yang boleh digunakan untuk melihat ke dalam perut.

Untuk menjalankan ujian laparoscopy ini, pesakit perlu dibius. Dengan menggunakan alat teropong, graffian follikal yang mengandungi ovum kemudian dengan penuh teliti disedut airnya. Tatacara ini adalah sangat ‘delicate’ dan perlu dilakukan dengan penuh teliti dan berhati-hati. Kepastian sama ada ovum itu telah dapat dikeluarkan atau tidak, dilakukan dengan memeriksa cecair graffian follikal di bawah mikroskop.

Setelah ovum (benih) perempuan dapat dikeluarkan dengan jayanya, masalah kedua yang lebih runcing lagi ialah untuk mencipta suatu cecair semaian (culture medium) yang sesuai bagi kehidupan benih-benih dan boleh menyokong proses persenyawaan serta perkembangan embryo. Cecair ini mestilah sama dari segi kandungan kimia dan bentuknya seperti yang terdapat pada muncung saluran fallopian. Benih-benih lelaki mudah didapati dari suami dengan cara ‘masturbasi’. Tetapi satu masalah yang mungkin timbul ialah samada benih-benih tersebut sudah mempunyai daya untuk mensenyawakan ovum atau tidak. Dalam keadaan benih-benih lelaki mendapat daya ini iaitu apa yang digelar ‘Capacitance’ ketika ia membuat perjalanan dari vagina melalui saluran pangkal rahim, ruang rahim dan saluran fallopian. Tetapi dalam persenyawaan di luar tubuh (in vitro fertilization) benih-benih lelaki tidak menempuhi perjalan tersebut. Oleh itu satu keadaan perlu diwujudkan untuk memberi daya ‘capacitance’ kepada benih-benih lelaki.

Proses persenyawaan adalah sentiasa diawasi melalui mikroskop dan jika ia berlaku, proses ini dibiarkan berterusan untuk lebih kurang 5 hingga 7 hari. Ini adalah tempoh waktu bagi ovum yang telah disenyawakan untuk menjalani saluran fallopian menuju ke ruang rahim dalam keadaan semula jadi. Dalam masa ini ovum yang telah disenyawakan menjalani proses-proses pembiakan sel-sel dan perkembangan untuk menjadi ‘embryo’ dan ia kemudian dimasukkan ke dalam ruang rahim supaya ia dapat menjalani proses ‘implantation’.

Oleh kerana proses persenyawaan berlaku di luar tubuh, setengah pakar-pakar sains khuatir keadaan luar biasa ini mungkin menyebabkan sesuatu gangguan sehingga menimbulkan suatu embryo yang ganjil atau abnormal. Ini adalah satu kemungkinan yang perlu sentiasa diawasi. Walaupun demikian bayi ‘test-tube’ pertama yang dilahirkan oleh Puan Brown adalah normal dari segi sifat dan anggotanya.

Ketika embryo itu dimasukkan ke dalam ruang rahim untuk menjalani proses implantasi perbuatan ini mungkin boleh ditimpa kegagalan. Lapisan endometrium pada dinding rahim mungkin tidak tersedia untuk menerima embryo tersebut. Oleh itu persediaan-persediaan tertentu juga perlu dibuat untuk menjayakan proses implantasi ini. Setelah proses ini berlaku dengan jayanya, kemajuan dan perkembangan seterusnya berlaku terhadap embryo tersebut seperti dalam kehamilan biasa. Tetapi kemungkinan bagi kehamilan tersebut menjadi gugur adalah lebih besar daripada kehamilan biasa.

Konsep bagi bayi di dalam ‘test-tube’ bukannya bermakna kehamilan itu membesar dan tumbuh hingga menjadi bayi di dalam ‘test-tube’. Tetapi hanya sekadar proses persenyawaan sahaja yang berlaku di luar tubuh. Perkembangan dan pembesaran jasad bayi sebenarnya berlaku di dalam rahim.

Walaupun berita bayi ‘test-tube’ ini telah menggegarkan dan mengkagumkan dunia, ini tidak bermakna setiap wanita mandul mempunyai harapan untuk hamil. Rawatan tersebut adalah khusus bagi wanita mandul yang disebabkan oleh sekatan saluran fallopian sahaja. Banyak lagi perkara yang boleh menyebabkan kemandulan wanita. Walaupun demikian cara rawatan ini merupakan satu sinar harapan baru bagimereka yang ingin sangat mendapat anak. Sekarang ini terdapat banyak pusat hospital kerajaan yang menawarkan IVF untuk pasangan yang sukar hamil. LPPKN, HUKM dan juga sektor swasta seperti Damansara Specialist.

Dari segi agama, cara rawatan ini adalah sah dan diterima kerana ia hanya melibatkan benih-benih dan ovum suami isteri. Mufti Besar Kaherah telah melafazkan pendapatnya tentang hal ini dan beliau berpendapat bahawa rawatan ini adalah sah dalam Islam.

Perlu diingati bahawa dalam rawatan cara ini, wanita dikehendaki menjalani pembedahan kecil iaitu ‘laparoscopy’ dan jika pada kali pertama gagal, ia perlu diulang-ulang. Seterusnya banyak masalah-masalah boleh timbul yang mungkin menyebabkan kegagalan. Mungkin dalam banyak-banyak percubaan hanya satu sahaja yang berjaya.

INFO TAKEN FROM BLOG DR HAMID ARSHAT

hello 2012

Posted: February 15, 2012 in suka suki

assalamualaikum..

hai kengkawan.lama tak jumpa.ade la hampir 3 bulan.sihat?hehe..lame kan saya tak menulis.macam biasa, MALAS!!haha..saya memang pemalas lah.wat2 bz kat opis, tapi takde produk pun.ntah ape la yg saya wat yek..(sebenarnya blog walking 😉 )

entry ni hanyalah warming up..nanti saya tulis lagi ye

WELCOME 2012 (dah basi daa)