Archive for December, 2012

Sejarah oh Sejarah

Posted: December 30, 2012 in family, ilmiah

Assalamualaikum..

Hi all..harap anda semua sihat la ye.today is sunday.so i think i have extra time to update my blog.chewahhh..selalu nye konon2 bz lah.whateva!haha..

Perak!itulah tanah tumpah darah suamiku..negeri yg sgt2 dibanggakannya.dulu masa hangat berchenta tak abis2 cakap nak bawak saya gi jenjalan pas kawin kat tempat2 bersejarah.saya pun excited lah sebab orang nak bawak gi makan angin kannn..hmm..masa berlalu dgn pantas, janji tinggal janji.takde pun tmpt bersejarah!smuanya tinggal sejarah hokay..huhu..

Then pas hampir 2 tahun kawin,baru lah hati sang suami tergerak utk perak tour with me.itu pun sebab adik2 saya nani dan ana ikut saya bercuti di kg suami masa musim durian tahun lepas.itu pun jugak pas mak mertua paksa dia bawak kami gi jenjalan..huhu..so tahun lepas kami pergi Kompleks Bersejarah Pasir Salak.seronok!dapat tgk barang2 tinggalan sejarah.paling saya suka ada galeri yg menceritakan kisah sejarah,siap ada gambar ala2 3D.tak pasal2 saya terminat subjek sejarah.haha..kat luar galeri tu pemandangannya sangat cantik.banyak gambar yg kami snap,tapi tak dapatlah saya upload kat sini sebab gambar2 tu ada dalam camera adik saya.huhu..

Okay..itu cerita sejarah tahun lepas.tahun ni en suami bawak saya gi Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah.wahhh..yg ini mmg saya teruja sebab dah lame teringin nak jejak kaki ke sana.tak sangka tibe2 je dia ajak gi sana walaupun haritu perut saya memulas2..haha..sampai je kat sana,saya cari toilet dulu,baru la selesa nak jalan2 kan.. 😉

Mengikut sejarah, Kellie’s Castle ini dibina oleh Sir William Kellie Smith yang berasal dari Scotland untuk dihadiahkan kepada isteri tercinta, Agnes.oh,seronoknya kalau kita dapat hadiah sebegitu,kannnn..hihi..tp pembinaan istana ini terbantut dan terus terbengkalai hingga kini disebabkan oleh beberapa faktor. antaranya masalah kewangan, kemerosotan ekonomi, perang dunia, penyebaran wabak penyakit di kalangan buruh binaan dan juga kematian Sir William itu sendiri.Kisah sejarah di sebalik pembinaan istana ini sangat menarik untuk dibaca.Ditambah pula dengan kisah2 misteri setelah istana ini ditinggalkan sebegitu lama.Sila google untuk baca kisah2 tersebut 😉

image

Welcome to Kellie's Castle

image

image

image

image

Pemandangan dari bumbung istana

image

image

Model Kellie's Castle

Actually saya takut2 nak naik ke istana tu.iyela,bangunan tak siap, agak bahaya la kan sebab ciri2 keselamatan memang tak ade.boleh naik sampai ke atas bumbung tapi kena hati2 sebab takde penghadang..saya plak jenis gayat.auwwww.tangan memang tak lepas lah pegang abg body saya.haha..satu lagi yg saya takutkan ialah kisah misteri istana tu.malas nak cite lah,tapi saya memang berdebar2 dan tak putus2 baca alfatihah dan ayat kursi.masa mula2 nak melangkah masuk ke istana tu pun saya bagi salam..hihi..bukan pe,tengah pregnant,risau gak la.alhamdulillah takde ape2.. 😉

Waktu saya pergi bulan lepas, agak ramai pelancong yg datang walaupun ketika kami sampai,hujan rintik2.Cuti sekolah kan.Ada gak pasangan pengantin yang tengah shoot outdoor photo kat istana tu.Pada saya, Kellie’s Castle ni tempat yang sangat menarik untuk dilawati.So apa lagi kawan2, cepat2 la bawak family pergi ke sana walaupun esok sesi persekolahan 2013 dah bermula! 🙂

Advertisements

Ohhhh…suamiku..

Posted: December 4, 2012 in baby, cinta, pregnant, suamiku

Suatu petang di sebuah klinik kesihatan kerajaan.

Doc: Ini kepala dia. Kita ukur ye. Hmm, normal lah ukuran dia utk 5bulan.
Hubby: Mcmana doc? Normal ke tu?
Doc: Ye, normal. Ok, ni tulang belakang dia. Ha, nampak tak degupan jantung dia tu?
Hubby: Oh, dah nampak ye doc?
Wifey: (Tahan gelak)
Doc: Mestila dah nampak. Dah lame dah nampak. 5bulan dah kan. Ok, sekarang kita ukur panjang kaki dia plak.
Hubby: Ooo, dah ada kaki ke?
Doc: Memang dah ada kaki pun…
Wifey: (oh suamiku….fghjfssftubbkif)

Itulah…sebelum ni taknak ikut masuk bilik doc..nak tunggu dalam keta je ye..bila dah masuk, banyak pulak soalan tak logik yang keluar..biase lah, neves, anak first kan 😉