Archive for the ‘ilmiah’ Category

Sejarah oh Sejarah

Posted: December 30, 2012 in family, ilmiah

Assalamualaikum..

Hi all..harap anda semua sihat la ye.today is sunday.so i think i have extra time to update my blog.chewahhh..selalu nye konon2 bz lah.whateva!haha..

Perak!itulah tanah tumpah darah suamiku..negeri yg sgt2 dibanggakannya.dulu masa hangat berchenta tak abis2 cakap nak bawak saya gi jenjalan pas kawin kat tempat2 bersejarah.saya pun excited lah sebab orang nak bawak gi makan angin kannn..hmm..masa berlalu dgn pantas, janji tinggal janji.takde pun tmpt bersejarah!smuanya tinggal sejarah hokay..huhu..

Then pas hampir 2 tahun kawin,baru lah hati sang suami tergerak utk perak tour with me.itu pun sebab adik2 saya nani dan ana ikut saya bercuti di kg suami masa musim durian tahun lepas.itu pun jugak pas mak mertua paksa dia bawak kami gi jenjalan..huhu..so tahun lepas kami pergi Kompleks Bersejarah Pasir Salak.seronok!dapat tgk barang2 tinggalan sejarah.paling saya suka ada galeri yg menceritakan kisah sejarah,siap ada gambar ala2 3D.tak pasal2 saya terminat subjek sejarah.haha..kat luar galeri tu pemandangannya sangat cantik.banyak gambar yg kami snap,tapi tak dapatlah saya upload kat sini sebab gambar2 tu ada dalam camera adik saya.huhu..

Okay..itu cerita sejarah tahun lepas.tahun ni en suami bawak saya gi Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah.wahhh..yg ini mmg saya teruja sebab dah lame teringin nak jejak kaki ke sana.tak sangka tibe2 je dia ajak gi sana walaupun haritu perut saya memulas2..haha..sampai je kat sana,saya cari toilet dulu,baru la selesa nak jalan2 kan.. 馃槈

Mengikut sejarah, Kellie’s Castle ini dibina oleh Sir William Kellie Smith yang berasal dari Scotland untuk dihadiahkan kepada isteri tercinta, Agnes.oh,seronoknya kalau kita dapat hadiah sebegitu,kannnn..hihi..tp pembinaan istana ini terbantut dan terus terbengkalai hingga kini disebabkan oleh beberapa faktor. antaranya masalah kewangan, kemerosotan ekonomi, perang dunia, penyebaran wabak penyakit di kalangan buruh binaan dan juga kematian Sir William itu sendiri.Kisah sejarah di sebalik pembinaan istana ini sangat menarik untuk dibaca.Ditambah pula dengan kisah2 misteri setelah istana ini ditinggalkan sebegitu lama.Sila google untuk baca kisah2 tersebut 馃槈

image

Welcome to Kellie's Castle

image

image

image

image

Pemandangan dari bumbung istana

image

image

Model Kellie's Castle

Actually saya takut2 nak naik ke istana tu.iyela,bangunan tak siap, agak bahaya la kan sebab ciri2 keselamatan memang tak ade.boleh naik sampai ke atas bumbung tapi kena hati2 sebab takde penghadang..saya plak jenis gayat.auwwww.tangan memang tak lepas lah pegang abg body saya.haha..satu lagi yg saya takutkan ialah kisah misteri istana tu.malas nak cite lah,tapi saya memang berdebar2 dan tak putus2 baca alfatihah dan ayat kursi.masa mula2 nak melangkah masuk ke istana tu pun saya bagi salam..hihi..bukan pe,tengah pregnant,risau gak la.alhamdulillah takde ape2.. 馃槈

Waktu saya pergi bulan lepas, agak ramai pelancong yg datang walaupun ketika kami sampai,hujan rintik2.Cuti sekolah kan.Ada gak pasangan pengantin yang tengah shoot outdoor photo kat istana tu.Pada saya, Kellie’s Castle ni tempat yang sangat menarik untuk dilawati.So apa lagi kawan2, cepat2 la bawak family pergi ke sana walaupun esok sesi persekolahan 2013 dah bermula! 馃檪

Risau sebab haid tidak datang? Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita.
Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:

1) Tekanan:
Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.

2) Masalah kesihatan:
Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.

3) Ubatan:
Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.

4) Berlebihan hormon prolaktin:
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

5) Menyusu badan:
Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

6) Masalah tiroid:
Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

7) Gemuk:
Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

8) Terlalu kurus:
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

9) Tersilap kira:
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

10) Menopos:
Bagi mereka yang berusia lewat 40鈥檃n, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

11) Pencegah hamil:
Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!

12) Hamil:
akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!… congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.
Apa yang anda perlu buat sekarang?

Sekiranya anda hamil, buatlah temu-janji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda boleh mebuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul鈥揵etul hamil. Walaubagaimana, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.

INFO TAKEN FROM ALAMHAMIL.COM

KHASIAT PATI DELIMA GULSHAN

Pati Delima Pekat Penuh Khasiat! 100% perahan buah delima tulen, mengandung khasiat semulajadi utk menjaga kesihatan tubuh badan secara menyeluruh dan berupaya merawat pelbagai jenis penyakit.. InsyaAllah..

Antara khasiat delima yg dikenal pasti dan teruji ialah:-
Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
Melancarkan peredaran darah
Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)
Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita
Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan…InsyaAllah…
Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan
Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout
Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala
Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas…InsyaAllah…
Dikenali sebagai “Viagra Semulajadi” iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi (nie untuk pasangan yang dh berkahwin yea..)
Memelihara kada keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut)
Merapatkan rahim dan juga menyuburkan rahim >>> kembali dara. InsyaAllah
Mencuci darah kotor dan mencantikkan kulit muka dari dalam
Awet muda…sentiasa amalkan dari sekarang..tengok lah dalam 10 tahun lagi (jika dipanjangkan usia)…
Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua…dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung…..Hadiahkanlah kepada ayah bonda tersayang…!!! 馃檪
Anda hamil??? Pengambilan pati delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin…
Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah
Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah. mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata

Additional info

Buah delima atau nama saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.

Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).

Jus Delima mempunyai banyak khasiat. Antaranya ialah:-

路 Melancarkan dan menstabilkanperedaran/perjalanan darah
路 Mengembalikan fungsi jantung dan hati kepada tahap normal
路 Membersihkan hati dan urethra
路 Memperkuatkan sistem penghadaman
路 Membuang lemak-lemak berlebihan
路 Meningkatkan tenaga
路 Mencegah 鈥榤orning sickness鈥
路 Membantu menyesuaikan hormon ketika haid
路 Mencantikkan dan mencerahkan kulit
路 Membantu menyembuhkan penyakit diabetes
路 Boleh meghilangkan kahak
路 Mencegah ketidaksuburan/kemandulan dan meningkatkan
kekuatan tenaga batin
路 Mencegah Alzheimer dan nyanyuk di kalangan orang tua

Bengkel

Posted: March 19, 2012 in ilmiah, kerja

Bengkel Penerbitan Penulisan Akademik
19 Mac 2012 8.30pg – 4.00ptg
Bilik Tayangan UIDM, PSP

Kursus

Posted: March 10, 2012 in ilmiah

Kursus Pengurusan Jenazah
10 Mac 2012 8 pagi – 1 tengahari
Dewan Seri Mutiara PSP

IUI

Posted: February 20, 2012 in ilmiah, pregnant

Apa itu IUI?
IUI bermaksud 鈥業ntra Uterine Insemination’, satu prosedur di mana sperma suami dimasukkan terus kedalam rahim isteri dengan harapan terjadi persenyawaan dan seterusnya kehamilan

Bagaimana IUI dibuat?
IUI sebenarnya adalah prosedur yang ringkas dan mengambil masa yang sekejap untuk di buat. Semasa IUI, satu kateter (tiub) berupa alat plastik kecil yang mengandungi sperma akan dimasukkan kedalam rahim melalui serviks. Ia selalunya mengambil masa kurang dari 3 minit.

Bila dan dimana sperma akan di kumpul?
Sperma boleh dikumpulkan dirumah sekiranya rumah anda dekat dengan klinik anda. Botol steril akan diberikan dimana air mani akan dikumpulkan selepas ejakulasi. Untuk sampel air mani yang segar, ia hendaklah sampai ke klinik dalam masa 1/2 jam selepas ejakulasi. Sekiranya rumah anda jauh dari klinik anda, koleksi air mani akan dibuat diklinik.

Adakah sperma perlu di 鈥榗uci鈥 sebelum IUI?
Ya! 鈥淪perm Washing鈥 perlu dibuat sebelum IUI. Ia mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. Sebaik sehaja ia dicuci, IUI akan dilakukan.

Adakah IUI dibuat sebelum atau selepas saya bertelur (ovulasi)?
Selalunya doktor akan membuat IUI disaat-saat ovulasi akan berlaku iaitu 24-36 jam selepas injeksi HCG, iaitu ubat yang bertanggung jawap untuk ovulasi berlaku. Jadi secara umumnya, IUI dibuat 6 jam sebelum ovulasi kerana sperma sebenarnya tidak tahan lama.
Ada juga doktor yang memilih untuk membuat 2 IUI dalam satu kitaran, dalam kes ini, IUI selalunya akan dibuat 12-48 jam selepas injeksi HCG dengan IUI sekurang-kurangnya 12 jam diantaranya.

Adakah jumlah sperma penting IUI?
Sekurang-kurangnya 5 juta sperma diperlukan untuk IUI. Sekiranya jumlahnya lebih rendah, peluang kejayaan juga rendah. Secara umumnya, 20 juta keatas adalah ideal untuk IUI.

Adakah IUI menyakitkan?
Ia tidaklah menyakitkan tetapi anda mungkin merasa sedikit rasa tidak selesa semasa kateter dimasukkan kedalam rahim dan ketidak-selesaan ini lebih kurang sama dengan ketidak-selesaan semasa menjalani ujian PAP.

Adakah saya akan hamil selepas IUI pertama kali?
Seperti juga persenyawaan melalui tabung uji, beberapa kitaran IUI diperlukan sebelum anda berjaya hamil. Ada doktor yang menyarankan dua kali IUI dalam satu kitaran untuk meninggikan peluang hamil. Sekiranya kehamilan tidak berjaya selepas beberapa kali mencuba, mungkin doktor akan menyarankan IVF atau Persenyawaan melalui Tabung Uji.

Bagaimana dengan kadar kejayaan IUI?
IUI secara semulajadi iaitu tanpa pengunaan ubat selalu mempunyai kadar kejayaan yang kecil iaitu 6%. Tetapi sekiranya mengunakan ubat dan injeksi ditambah dengan kehadiran folikel yang berganda, kadar kejayaan boleh mencapai 30%. Jumlah sperma juga boleh menjadi penentu. Sperma yang kurang kualiti memberikan kadar kehamilan yang lebih rendah.Secara keseluruhan, kadar kejayaan untuk satu kali cuba adalah diantara 15-20%.

Berapa cepat selepas IUI saya boleh mengambil ujian untuk kehamilan?
Disarankan untuk anda menunggu satu minggu selepas anda 鈥榤issed period鈥 sebelum membuat ujian kehamilan.

Adakah sebarang risiko berkaitan dengan IUI?
IUI adalah prosedur fertiliti yang kurang memberikan tekanan kepada wanita kerana ia agak ringkas. Walabagaimanapun, ia juga mempunyai beberapa risiko termasuk sakit perut, pendarahan dan 鈥榮potting鈥, semasa atau selepas prosedur. Terdapat juga risiko untuk mendapat penyakit kelamin sekiranya suami ada adalah pembawa kuman tersebut. Penggunaan ubatan IUI juga boleh membawa risiko seperti kehamilan kembar, triplets, atau ovarian hyperstimulation syndrome, tetapi dengan pantauan doktor yang rapi,risiko sebegini kurang terjadi.

Apakah kos untuk setiap ujian IUI?
Kos IUI adalah berbeza dari klinik ke klinik dan ia juga bergantung kepada jenis ubatan yang diberikan sebelum IUI dibuat. Tetapi umumnya ia adalah diantara RM 550-800 tidak termasuk kos ubatan.

INFO TAKEN FROM ALAMHAMIL.COM

IVF

Posted: February 20, 2012 in ilmiah, pregnant

Berita kelahiran seorang bayi oleh Puan Brown di England telah menggemparkan seluruh dunia kerana ini merupakan bayi pertama dalam sejarah yang telah disenyawakan di luar tubuh manusia. Kejayaan ini adalah satu hasil usaha dua pakar perubatan iaitu Dr. Steptoe, seorang pakar Obstetriks dan Ginekologi dan Dr. Edwards seorang ahli fisiologi di University Cambridge. Kedua-dua pakar tersebut telah beberapa tahun lama berusaha bertungkus lumus untuk mensenyawakan benih lelaki dengan ovum perempuan di luar tubuh manusia, dan akhirnya mereka telah menghasilkan satu kejayaan cemerlang.

Persenyawaan benih-benih di luar tubuh (in vitro fertilization) memang telah lama diketahui oleh pakar-pakar perubatan. Ini berdasarkan di atas kejayaan dalam bidang yang sama di kalangan haiwan. Walaupun demikian satu masalah yang terbesar ialah untuk mendapatkan cecair semaian (culture medium) yang sesuai bagi persenyawaan semula jadi, pertemuan dan persenyawaan benih lelaki dan ovum perempuan berlaku pada muncung saluran fallopian. Ovum (benih) perempuan dikeluarkan oleh ovari pada waktu tertentu dan proses ini digelar ovulasi. Ovum yang dikeluarkan biasanya hidup selama 24 jam sahaja. Jika pada jangka masa ini persenyawaan (fertilization) tidak berlaku, ovum akan musnah.

Selepas persetubuhan benih-benih lelaki adalah ditimbunkan di dalam vagina dan terdapat berjuta-juta benih tersebut yang perlu bergerak-gerak menuju ke muncung saluran fallopian untuk proses persenyawaan. Dalam proses inisaluran fallopian mempunyai beberapa peranan penting. Saluran ini menarik ovum supaya mendekati pada muncungnya dan daya tarikan ini didapati dari gerakan-gerakan cilia (rerambut), gerakan berombak-ombak pada muncung saluran fallopian dan juga daya penarikan kimia (chemotaxis). Saluran fallopian juga mempunyai peranan yang sama terhadap pergerakan benih-benih lelaki. Selain daripada itu saluran ini mengeluarkan cecair khusus yang sesuai untuk persenyawaan benih dengan ovum. Keadaan dan suasana yang sesuai adalah sangat penting bagi berlakunya persenyawan. Keadaan ini sangat sukar ditiru di luar tubuh manusia.

Setelah persenyawaan berlaku, hasilnya iaitu embryo, kini menjalani proses pembahagian sel, dan embryo ini perlu melalui saluran fallopian untuk menuju ke ruang rahim. Perjalanan ini biasanya mengambil masa antara 5 atau 7 hari dan apabila sampai ke ruang rahim embryo ini perlu melekatkan jasadnya ke lapisan endometrium dan proses ini digelar 聭implantation聮. Bagi kejayaan proses implantasi ini, lapisan endometrium perlu disediakan, iaitu lapisan ini menjalani beberapa perubahan anatomi dan fisiologi, sesuai untuk menerima implantasi embryo itu.

Bagi wanita-wanita yang didapati saluran fallopian mereka tersekat oleh sebab sesuatu penyakit, peluang bagi mereka mendapat kehamilan adalah sangat tipis. Pada keseluruhannya pembedahan bagi membetulkan saluran fallopian (tubal plastic surgery) memberi hasil yang sangat menghampakan. Walaupun banyak perkembangan baru telah berlaku dalam bidang pembedahan ini khususnya dari segi cara pembedahan yang menggunakan 聭microsurgical technique聮 namun kadar kejayaan, diukur dari kadar kehamilan selepas pembedahan masih lagi tidak melebehi 30 peratus. Oleh kerana saluran fallopian wanita-wanita tersebut telah tersekat, benih-benih lelaki tidak mempunyai peluang lanngsung untuk bertemu dengan ovum perempuan. Wanita-wanita tersebut akan terus menjadi mandul melainkan satu cara lain dicipta untuk menjayakan persenyawaan dan implantasi. Dari sini timbullah cara persenyawaan di luar tubuh atau 聭in vitro fertilization聮.

Sebelum persenyawaan dalam tiub ujian boleh dilakukan beberapa perkara perlu dipertimbangkan. Pertamanya pengambilan 聭ovum聮 (benih) perempuan yang telah betul-betul matang dan sesuai untuk disenyawakan. Kedua mencipta cecair semaian (fluid medium) yang sesuai bagi persenyawaan benih. Ketiganya mencipta cara untuk memasukkan embryo ke dalam rahim bagi proses 聭implantation聮.

Pengambilan ovum (benih) perempuan adalah satu perkara yang sukar. Wanita hanya mengeluarkan satu benih sahaja pada setiap bulan. Ovum ini dikeluarkan oleh ovari dari suatu struktur yang digelar graffian follikal. Terdapat banyak follikal-follikal di dalam ovari seseorang wanita dan mereka berkembang di bawah pengaruh hormon-hormon FSH dan LH untuk menjadi benih. Oleh kerana ovari terletak di dalam ruang pelvis, pengambilan ovum (benih) mestilah memerlukan pembedahan. Pengambilan ovum ini juga mestilah tepat waktunya iaitu ketika ovum itu telah betul-betul matang iaitu setelah ia menjalani proses maturasi. Ovum juga merupakan satu struktur yang amat kecil yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Sebelum pembedahan dilakukan untuk mengambil ovum (benih) penentuan mestilah dilakukan untuk memastikan berlakunya maturasi benih. Beberapa cara penentuan ini boleh dilakukan seperti dengan mencatatkan suhu badan (basal body temperature chart), penyukatan paras hormon dan memerhatikan bentuk lendir pangkal rahim (cervical mucus). Penentuan ini adalah sangat penting bagi kejayaan usaha mengambil ovum (benih). Satu alat khas digunakan untuk tujuan mengambil ovum, alat ini digelar 聭laparoscope聮 iaitu sejenis alat teropong yang boleh digunakan untuk melihat ke dalam perut.

Untuk menjalankan ujian laparoscopy ini, pesakit perlu dibius. Dengan menggunakan alat teropong, graffian follikal yang mengandungi ovum kemudian dengan penuh teliti disedut airnya. Tatacara ini adalah sangat 聭delicate聮 dan perlu dilakukan dengan penuh teliti dan berhati-hati. Kepastian sama ada ovum itu telah dapat dikeluarkan atau tidak, dilakukan dengan memeriksa cecair graffian follikal di bawah mikroskop.

Setelah ovum (benih) perempuan dapat dikeluarkan dengan jayanya, masalah kedua yang lebih runcing lagi ialah untuk mencipta suatu cecair semaian (culture medium) yang sesuai bagi kehidupan benih-benih dan boleh menyokong proses persenyawaan serta perkembangan embryo. Cecair ini mestilah sama dari segi kandungan kimia dan bentuknya seperti yang terdapat pada muncung saluran fallopian. Benih-benih lelaki mudah didapati dari suami dengan cara 聭masturbasi聮. Tetapi satu masalah yang mungkin timbul ialah samada benih-benih tersebut sudah mempunyai daya untuk mensenyawakan ovum atau tidak. Dalam keadaan benih-benih lelaki mendapat daya ini iaitu apa yang digelar 聭Capacitance聮 ketika ia membuat perjalanan dari vagina melalui saluran pangkal rahim, ruang rahim dan saluran fallopian. Tetapi dalam persenyawaan di luar tubuh (in vitro fertilization) benih-benih lelaki tidak menempuhi perjalan tersebut. Oleh itu satu keadaan perlu diwujudkan untuk memberi daya 聭capacitance聮 kepada benih-benih lelaki.

Proses persenyawaan adalah sentiasa diawasi melalui mikroskop dan jika ia berlaku, proses ini dibiarkan berterusan untuk lebih kurang 5 hingga 7 hari. Ini adalah tempoh waktu bagi ovum yang telah disenyawakan untuk menjalani saluran fallopian menuju ke ruang rahim dalam keadaan semula jadi. Dalam masa ini ovum yang telah disenyawakan menjalani proses-proses pembiakan sel-sel dan perkembangan untuk menjadi 聭embryo聮 dan ia kemudian dimasukkan ke dalam ruang rahim supaya ia dapat menjalani proses 聭implantation聮.

Oleh kerana proses persenyawaan berlaku di luar tubuh, setengah pakar-pakar sains khuatir keadaan luar biasa ini mungkin menyebabkan sesuatu gangguan sehingga menimbulkan suatu embryo yang ganjil atau abnormal. Ini adalah satu kemungkinan yang perlu sentiasa diawasi. Walaupun demikian bayi 聭test-tube聮 pertama yang dilahirkan oleh Puan Brown adalah normal dari segi sifat dan anggotanya.

Ketika embryo itu dimasukkan ke dalam ruang rahim untuk menjalani proses implantasi perbuatan ini mungkin boleh ditimpa kegagalan. Lapisan endometrium pada dinding rahim mungkin tidak tersedia untuk menerima embryo tersebut. Oleh itu persediaan-persediaan tertentu juga perlu dibuat untuk menjayakan proses implantasi ini. Setelah proses ini berlaku dengan jayanya, kemajuan dan perkembangan seterusnya berlaku terhadap embryo tersebut seperti dalam kehamilan biasa. Tetapi kemungkinan bagi kehamilan tersebut menjadi gugur adalah lebih besar daripada kehamilan biasa.

Konsep bagi bayi di dalam 聭test-tube聮 bukannya bermakna kehamilan itu membesar dan tumbuh hingga menjadi bayi di dalam 聭test-tube聮. Tetapi hanya sekadar proses persenyawaan sahaja yang berlaku di luar tubuh. Perkembangan dan pembesaran jasad bayi sebenarnya berlaku di dalam rahim.

Walaupun berita bayi 聭test-tube聮 ini telah menggegarkan dan mengkagumkan dunia, ini tidak bermakna setiap wanita mandul mempunyai harapan untuk hamil. Rawatan tersebut adalah khusus bagi wanita mandul yang disebabkan oleh sekatan saluran fallopian sahaja. Banyak lagi perkara yang boleh menyebabkan kemandulan wanita. Walaupun demikian cara rawatan ini merupakan satu sinar harapan baru bagimereka yang ingin sangat mendapat anak. Sekarang ini terdapat banyak pusat hospital kerajaan yang menawarkan IVF untuk pasangan yang sukar hamil. LPPKN, HUKM dan juga sektor swasta seperti Damansara Specialist.

Dari segi agama, cara rawatan ini adalah sah dan diterima kerana ia hanya melibatkan benih-benih dan ovum suami isteri. Mufti Besar Kaherah telah melafazkan pendapatnya tentang hal ini dan beliau berpendapat bahawa rawatan ini adalah sah dalam Islam.

Perlu diingati bahawa dalam rawatan cara ini, wanita dikehendaki menjalani pembedahan kecil iaitu 聭laparoscopy聮 dan jika pada kali pertama gagal, ia perlu diulang-ulang. Seterusnya banyak masalah-masalah boleh timbul yang mungkin menyebabkan kegagalan. Mungkin dalam banyak-banyak percubaan hanya satu sahaja yang berjaya.

INFO TAKEN FROM BLOG DR HAMID ARSHAT