Archive for the ‘kesihatan’ Category

Risau sebab haid tidak datang? Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita.
Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:

1) Tekanan:
Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.

2) Masalah kesihatan:
Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.

3) Ubatan:
Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.

4) Berlebihan hormon prolaktin:
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

5) Menyusu badan:
Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

6) Masalah tiroid:
Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

7) Gemuk:
Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

8) Terlalu kurus:
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

9) Tersilap kira:
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

10) Menopos:
Bagi mereka yang berusia lewat 40鈥檃n, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

11) Pencegah hamil:
Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!

12) Hamil:
akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!… congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.
Apa yang anda perlu buat sekarang?

Sekiranya anda hamil, buatlah temu-janji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda boleh mebuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul鈥揵etul hamil. Walaubagaimana, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.

INFO TAKEN FROM ALAMHAMIL.COM

Advertisements

KHASIAT PATI DELIMA GULSHAN

Pati Delima Pekat Penuh Khasiat! 100% perahan buah delima tulen, mengandung khasiat semulajadi utk menjaga kesihatan tubuh badan secara menyeluruh dan berupaya merawat pelbagai jenis penyakit.. InsyaAllah..

Antara khasiat delima yg dikenal pasti dan teruji ialah:-
Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
Melancarkan peredaran darah
Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)
Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita
Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan…InsyaAllah…
Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan
Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout
Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala
Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas…InsyaAllah…
Dikenali sebagai “Viagra Semulajadi” iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi (nie untuk pasangan yang dh berkahwin yea..)
Memelihara kada keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut)
Merapatkan rahim dan juga menyuburkan rahim >>> kembali dara. InsyaAllah
Mencuci darah kotor dan mencantikkan kulit muka dari dalam
Awet muda…sentiasa amalkan dari sekarang..tengok lah dalam 10 tahun lagi (jika dipanjangkan usia)…
Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua…dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung…..Hadiahkanlah kepada ayah bonda tersayang…!!! 馃檪
Anda hamil??? Pengambilan pati delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin…
Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah
Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah. mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata

Additional info

Buah delima atau nama saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.

Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).

Jus Delima mempunyai banyak khasiat. Antaranya ialah:-

路 Melancarkan dan menstabilkanperedaran/perjalanan darah
路 Mengembalikan fungsi jantung dan hati kepada tahap normal
路 Membersihkan hati dan urethra
路 Memperkuatkan sistem penghadaman
路 Membuang lemak-lemak berlebihan
路 Meningkatkan tenaga
路 Mencegah 鈥榤orning sickness鈥
路 Membantu menyesuaikan hormon ketika haid
路 Mencantikkan dan mencerahkan kulit
路 Membantu menyembuhkan penyakit diabetes
路 Boleh meghilangkan kahak
路 Mencegah ketidaksuburan/kemandulan dan meningkatkan
kekuatan tenaga batin
路 Mencegah Alzheimer dan nyanyuk di kalangan orang tua

usaha lagi

Posted: August 1, 2012 in baby, kesihatan, pregnant, puasa

assalamualaikum,

dah lama rasanya saya tak buat apa2 (treatment) untuk pregnant..last saya jumpa gynae bulan november tahun lepas, raya haji, kat kg husband.masa tu saya rasa sakit yg amat sangat coz bleeding yang teruk, menangis2 depan mak mertua..kui kui..tak malu betul menantu ni..hihi..tak sangka dengan apa yang saya alami ketika itu kerana ianya telah merubah flow dalam menstrual cycle saya..alhamdulillah, itu yg saya tunggu selama ini walaupun ianya menyakitkan..betullah, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.. 馃槈

bukan saya taknak atau tidak berusaha untuk pregnant, bukan juga saya berputus asa..tidak pernah sama sekali saya sebegitu..nak cakap macamana ye?hmmm..takpelah..yang penting saya tahu apa yang saya buat 馃槈 setakat ni saya just tambahkan pengetahuan yang berkaitan dengan kewanitaan, kehamilan, kesihatan dan yg sewaktu dengan nya lah..saya tak suka baca buku, so banyak maklumat yg saya dapat adalah dari blog2 dan juga forum2..kan ke semua maklumat at our fingertips? 馃檪

di bulan ramadhan yg mulia ni, saya nak sambunglah balik usaha saya tu, selain husband saya dah duk di sisi saya skang ni 馃槈 alhamdulillah..hmm..apa yg saya buat?ala, benda mudah je..minum pati delima 馃槈 saya dapat maklumat, ramai yg dah lama ttc (try to conceive) berjaya hamil pas amalkan minum pati delima ni..so saya nak try lah.pati delima cap gulshan..dah lame saya cari, susah gak nak jumpa benda ni ye..ada je yg jual online, tp saya rasa agak mahal lah..bukan berkira, tapi sebagai pengguna, tak salah kalau kita ambil kira..hehe..saya pernah jumpa ada yg dijual rm38 sebotol (340ml)..kalau time murah, rm20, rm18..paling murah pun rm17..saya heran lah..knapa jauh sgt beza harganya walaupun ml nye sama?pelik..ni mesti nak kaut untung punya pasal kan..ok..takpe..tu hak masing2 lah..tapi saya memang tak beli lah..haha..alkisahnye, last week saya jalan2 kat bazar ramadhan kat taman saya ni..tak sangka ada org jual pati delima cap gulshan ni..sebijik sama dan mmg ori lah..nak tahu berapa?RM16 sahaja okay..saya pun ape lagi, terus lah beli..hehe..so malam tu pas berbuka saya terus minum..bukan bancuh dengan air..minum ala2 ubat batuk gitu..sesudu makan..rasanya?mak oiii..masammmm..huhu..tapi saya telan gak lah..nak baby kan 馃槈

so, itu ajelah usaha saya setakat ini..harap2 ada rezeki untuk saya di bulan ramadhan ni..kalau takde, it’s ok..i know it’s not my turn yet..sekurang2nya saya berpeluang untuk berusaha 馃槈

Polycystic ovarian syndrome atau nama singkatanya PCOS adalah masalah perubatan dimana ovari anda bertindak secara tidak normal yang menyebabkan terjadinya masalah haid tidak teratur, tiada haid dan masalah infertiliti. PCOS adalah diantara penyebab utama ketidaksuburan dan terjadi pada sekitar 5 hingga 10 peratus wanita pada usia reproduksi.

Gejala PCOS boleh terjadi seawal puberti, iaitu ketika haid pertama kali bermula. Ia disebabkan oleh ovari yang gagal merembeskan hormon dalam kuantiti yang sepatutnya dan berlakulah ketidak seimbangan hormon yang menyebabkan tumbesaran folikel terbantut dan gagal mengeluarkan telur. Walaubagaimanapun kebanyakkannya gejala PCOS berlaku lebih perlahan lahan dan berperingkat- ringkat dan menjadi lebih ketara apabila meningkat usia.

Gejala PCOS mungkin termasuk:
*Menstruasi yang tidak teratur atau tiada langsung sampai berbulan bulan
*Peningkatan bulu pada badan dan muka (juga dikenali sebagai hirsutism)
*Jerawat
*Gelap warna kulit di sepanjang leher, ketiak, celah kangkang, dan di bahagian dalam paha
*Masalah Obesiti
*Jangkitan kulat vagina
*Masalah kencing manis

Apa kesan PCOS terhadap saya dan bagaimana Ia mempengaruhi kesuburan Saya?
Masalah PCOS selalunya berpunca dari kelenjar pituitari lagi. Kelenjar pituitari yang terletak pada otak adalah kelenjar utama badan manusia yang memainkan peranan dalam mengawal rembesan hormon untuk seluruh tubuh kita. Disebabkan ketidaknormalan pada kadar rembesen hormon LH dan FSH dari pituitari, folikel folikel yang membentuk pada awal kitaran haid gagal matang, menyebabkan telur tidak dilepaskan dan ovulasi tidak berlaku. Disebabkan tiada ovulasi, kadar rembesan hormon progesteron menjadi rendah dan tidak seimbang dengan hormon tahap hormon lain seperti estrogen dan androgen. Progesterone adalah hormon yang penting untuk memastikan kitaran haid yang normal.

Kekurangan hormon progestrone menyebabkan haid tidak teratur atau tiada langsung kadang kadang berbulan bulan lamanya. Bila haid bermula, pengidap PCOS selalunya akan mengalami haid yang banyak dan sakit senggugut yang melampau disebabkan oleh tisu tebal dan darah yang terkumpul akibat dari haid yang lewat.

PCOS juga menyebabkan konsentrasi yang lebih tinggi hormon lelaki (androgen) menyebabkan ramai pengidap PCOS mengalami bulu badan yang berlebihan.

Disamping itu, ramai pengidap PCOS mengalami tahap insulin yang tinggi yang boleh menganggu tumbesaran folikel menyebabkan follikel gagal matang terjadilah cyst cyst kecil pada ovari . Cyst cyst yang terlalu banyak akan menyebabkan ovari menjadi bengkak dan ini boleh dilihat pada ujian Ultrasound.

Siapa yang Berisiko? Apa Punca PCOS?
Wanita dengan PCOS sering mempunyai ahli keluarga yang mempunyai masalah yang sama dan ia dikaitkan dengan masalah genetik. Ini bermakna bahawa jika anda mengalami PCOS, kemungkinan besar anda ibu dan saudara perempuan yang lain juga mengalami PCOS. Sekiranya anda mempunyai anak perempuan, ada berkemungkinan yang anak anda juga mendapat masalah yang sama.

Bagaimana diagnosa PCOS dibuat?
Untuk memberikan diagnosa yang tepat, sejarah perubatan akan diambil termasuklah kitaran haid anda dan sejarah keluarga.

Pemeriksaan fizikal termasuk pemeriksaan faraj and ujian US. Beberapa ujian darah seperti ujian hormon LH and FSH akan diambil. Ujian Ultrasound faraj mungkin juga akan dilakukan untuk melihat dengan jelas cyst cyst kecil pada ovari anda.

Bagaimana PCOS dirawat?
Rawatan bergantung sepenuhnya pada gejala anda dan juga keinginan anda untuk hamil. Saranan selalunya diberikan tentang pemakanan seperti pengurangan karbohidrat dalam diet dan senaman untuk mengurangkan tahap insulin. Bagi mereka yang ingin hamil, ubat subur seperti clomid atau Gonal F akan diberikan untuk mencetuskan ovulasi. Dalam kes- kes dimana ubat subur tidak begitu efektif, ovarian drilling mungkin disarankan untuk memecahkan cyst cyst kecil pada ovari.

Wanita dengan PCOS harus menyedari potensi risiko kesihatan jangka panjang. Risiko untuk mendapat kanser rahim dan kencing manis adalah tinggi.

PCOS juga dikaitkan dengan penyakit jantung, tahap kolesterol yang tidak normal dan tekanan darah tinggi dan wanita yang mengidap PCOS dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan secara rutin. PCOS adalah masalah yang anda alami sejak anda dilahirkan dan setakat ini tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya. Walaubagaimanpun dengan rawatan yang tepat, gejala PCOS pasti dapat dikawal.

Sekiranya anda berhasrat untuk hamil, terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh anda jalani dan menjadi hamil bukan sesuatu yang mustahil.

INFO TAKEN FROM ALAMHAMIL.COM

Jam Biologi Tubuh

Posted: September 13, 2011 in ilmiah, kesihatan


Setiap bahagian tubuh kita,telah dijadikan oleh Allah SWT bekerja mengikut waktu-waktunya yang tersendiri dalam usaha mengekalkan tahap kesihatan seseorang manusia supaya berada pada tahap terbaik.

Jom lihat bagaimana bahagian tubuh bekerja mengikut waktunya.

Jam 9-11 malam: Pada waktu ini,sistem antibodi tubuh ( lymph nodes ) akan melalui proses detoksifikasi atau nyah kimia toksik dari badan. Jadi,pada waktu ini,kita sepatutnya berada dalam keadaan relaks atau santai dengan cara berehat,menonton atau mendengar muzik yang menenangkan. Bagi orang Islam,masa ini patut diisi dengan ibadah ringan seperti membaca Al-Quran atau berzikir.

Namun,seperti yang diketahui,pada masa inilah kebanyakan surirumah masih lagi bekerja menyiapkan segala urusan rumah tangga seperti mengutip & membasuh pakaian kotor,mengemas dapur,mencuci pinggan mangkuk atau membantu anak-anak menyiapkan kerja rumah.

Seboleh-bolehnya elakkan tabiat begini, atau cubalah alternatif lain yang lebih sesuai agar pada waktu ini anda berpeluang berehat .Bekerja berterusan pada waktu begini hanya memberi impak buruk terhadap kesihatan.

Jam 11 malam 鈥 1 pagi : Pada waktu ini pula proses detoksifikasi dalam hati berjalan. Untuk membantu kelancarannya,pada waktu ini kita tidak lagi sepatutnya makan atau berjaga. Sewajarnya ini adalah waktu untuk mendapatkan tidur yang nyenyak.

Jam 1 鈥 3 pagi : Proses nyah toksik berlaku dalam hempedu pada waktu ini. Tiada perkara lain yang patut dilakukan pada waktu ini,melainkan tidur.

Jam 3 鈥 5 pagi : Proses detoksifikasi dalam paru-paru. Penghidap batuk,biasanya pada jam ini akan lebih kerap batuk oleh kerana proses detoks telah sampai ke saluran sistem pernafasan. Disarankan agar jangan mengambil sebarang ubat batuk pada ketika hal ini berlaku untuk mengelakkan gangguan proses nyah toksin.

Jam 5 鈥 7 pagi : Detoksifikasi dalam kolon ( usus besar ) sedang berlaku. Pengosongan usus ( proses membuang air besar ) pada waktu ini adalah amat menyihatkan.

Jam 7 鈥 9 pagi : Sangat besar faedahnya jika sarapan dapat diambil dalam tempoh ini. Ini kerana inilah masa terbaik bagi usus menyerap nutrien yang penting untuk tubuh. Namun bagi anda yang mungkin sedang sakit, ambilah sarapan lebih awal sedikit iaitu sebelum jam 6:30 pagi. Dan jika anda mahu kekal sihat,sarapan sebelum jarum jam mencecah 7:30 pagi amatlah digalakkan.

Sumber : Majalah ANIS

Madu dan Habbatus Sawda’

Posted: September 12, 2011 in ilmiah, kesihatan, pregnant

10 Fakta Benar Madu dan Habbatus Sawda’ Yang Wajib Anda Ketahui

(1) Allah S.W.T telah mengabadikan keistimewaan madu lebah di dalam al-Quran yang bermaksud “Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai PENAWAR bagi manusia”, (An-Nahl:69).
Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Tetaplah kamu berubat dengan Habbatus Sawda’ ini kerana sesungguhnya ia mengandungi bahan penyembuh bagi setiap penyakit kecuali maut”, (H/R: Bukhari).

(2) Ibn sina dalam kitabnya “al-Qanun fi al-Tibb” menyatakan Habbatus Sawda’ mampu melancarkan pengeluaran darah haid wanita yang bermasalah dan juga a bertindak menghancurkan batu karang pada buah pinggang serta tempat berkumpulnya air kencing. Habbatus sawda’ perlu dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum untuk beberapa hari.

(3) Ibn Qayyum al-Jawziyah (691-751) menulis dalam kitabnya yang cukup terkenal “Zad al’ Mi’ad fi Huda Khayri al Ibad”: Jika Habbatus Sawda’ dihancurkan dan dicampurkan dengan madu, kemudian diminum dengan air panas, ia dapat menghancurkan batu karang yang terdapat dalam buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing. Melancarkan keluarnya air kencing, darah haid dan susu ibu. Orang yang lumpuh sebelah badan maka dianjurkan supaya menyapu minyak Habbatus Sawda’ ke atas anggota badan. InsyaAllah akan sembuh dari lumpuh.

(4) Madu mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potasium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi. Seorang Pakar Perubatan dari Poland memberitahu bahawa madu lebah berkesan dalam merawat Penyakit Buasir, Penyakit Kulit dan Penyakit Puan.

(5) Penulis buku “Planetary Herbalogy” Dr. Micheal Tierre,mendapati Habbatus Sawda’ mengandungi METASITOSTEROL. Ia adalah bahan ANTIKANSER yang berkesan.

(6) The Journal of America Scientists melaporkan, Habbatus Sawda’ bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi antihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotik (pembunuh kuman), antimycotic (antikulat) dan dilating effect (pengembang saluran pernafasan).

(7) Kamus kedoktoran “Larousse” menjelaskan bahawa Habbatus Sawda’ mengeluarkan angin dari perut, menambah ghairah seks dan melancarkan darah haid.

(8) Madu berperanan sebagai ejen antioxida yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal iaitu penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.

(9) Kajian Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat, menunjukkan madu lebah mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, Thiamin, Miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.

(10) World Apiculture Conference yang diadakan pada 20-26 September 1993 di China mengakui bahawa madu lebah mengandungi GLUKOSA dan FRUKTOSA yang mudah dihadam. Apabila dicampur dengan air, ia meresap masuk ke dalam darah dalam masa 7 minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak.

INFO TAKEN FROM MADUMASAD.COM

sabar

Posted: August 24, 2011 in cinta, kesihatan, pregnant, puasa