Archive for the ‘pregnant’ Category

IUI

Posted: February 20, 2012 in ilmiah, pregnant

Apa itu IUI?
IUI bermaksud ‘Intra Uterine Insemination’, satu prosedur di mana sperma suami dimasukkan terus kedalam rahim isteri dengan harapan terjadi persenyawaan dan seterusnya kehamilan

Bagaimana IUI dibuat?
IUI sebenarnya adalah prosedur yang ringkas dan mengambil masa yang sekejap untuk di buat. Semasa IUI, satu kateter (tiub) berupa alat plastik kecil yang mengandungi sperma akan dimasukkan kedalam rahim melalui serviks. Ia selalunya mengambil masa kurang dari 3 minit.

Bila dan dimana sperma akan di kumpul?
Sperma boleh dikumpulkan dirumah sekiranya rumah anda dekat dengan klinik anda. Botol steril akan diberikan dimana air mani akan dikumpulkan selepas ejakulasi. Untuk sampel air mani yang segar, ia hendaklah sampai ke klinik dalam masa 1/2 jam selepas ejakulasi. Sekiranya rumah anda jauh dari klinik anda, koleksi air mani akan dibuat diklinik.

Adakah sperma perlu di ‘cuci’ sebelum IUI?
Ya! “Sperm Washing’ perlu dibuat sebelum IUI. Ia mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. Sebaik sehaja ia dicuci, IUI akan dilakukan.

Adakah IUI dibuat sebelum atau selepas saya bertelur (ovulasi)?
Selalunya doktor akan membuat IUI disaat-saat ovulasi akan berlaku iaitu 24-36 jam selepas injeksi HCG, iaitu ubat yang bertanggung jawap untuk ovulasi berlaku. Jadi secara umumnya, IUI dibuat 6 jam sebelum ovulasi kerana sperma sebenarnya tidak tahan lama.
Ada juga doktor yang memilih untuk membuat 2 IUI dalam satu kitaran, dalam kes ini, IUI selalunya akan dibuat 12-48 jam selepas injeksi HCG dengan IUI sekurang-kurangnya 12 jam diantaranya.

Adakah jumlah sperma penting IUI?
Sekurang-kurangnya 5 juta sperma diperlukan untuk IUI. Sekiranya jumlahnya lebih rendah, peluang kejayaan juga rendah. Secara umumnya, 20 juta keatas adalah ideal untuk IUI.

Adakah IUI menyakitkan?
Ia tidaklah menyakitkan tetapi anda mungkin merasa sedikit rasa tidak selesa semasa kateter dimasukkan kedalam rahim dan ketidak-selesaan ini lebih kurang sama dengan ketidak-selesaan semasa menjalani ujian PAP.

Adakah saya akan hamil selepas IUI pertama kali?
Seperti juga persenyawaan melalui tabung uji, beberapa kitaran IUI diperlukan sebelum anda berjaya hamil. Ada doktor yang menyarankan dua kali IUI dalam satu kitaran untuk meninggikan peluang hamil. Sekiranya kehamilan tidak berjaya selepas beberapa kali mencuba, mungkin doktor akan menyarankan IVF atau Persenyawaan melalui Tabung Uji.

Bagaimana dengan kadar kejayaan IUI?
IUI secara semulajadi iaitu tanpa pengunaan ubat selalu mempunyai kadar kejayaan yang kecil iaitu 6%. Tetapi sekiranya mengunakan ubat dan injeksi ditambah dengan kehadiran folikel yang berganda, kadar kejayaan boleh mencapai 30%. Jumlah sperma juga boleh menjadi penentu. Sperma yang kurang kualiti memberikan kadar kehamilan yang lebih rendah.Secara keseluruhan, kadar kejayaan untuk satu kali cuba adalah diantara 15-20%.

Berapa cepat selepas IUI saya boleh mengambil ujian untuk kehamilan?
Disarankan untuk anda menunggu satu minggu selepas anda ‘missed period’ sebelum membuat ujian kehamilan.

Adakah sebarang risiko berkaitan dengan IUI?
IUI adalah prosedur fertiliti yang kurang memberikan tekanan kepada wanita kerana ia agak ringkas. Walabagaimanapun, ia juga mempunyai beberapa risiko termasuk sakit perut, pendarahan dan ‘spotting’, semasa atau selepas prosedur. Terdapat juga risiko untuk mendapat penyakit kelamin sekiranya suami ada adalah pembawa kuman tersebut. Penggunaan ubatan IUI juga boleh membawa risiko seperti kehamilan kembar, triplets, atau ovarian hyperstimulation syndrome, tetapi dengan pantauan doktor yang rapi,risiko sebegini kurang terjadi.

Apakah kos untuk setiap ujian IUI?
Kos IUI adalah berbeza dari klinik ke klinik dan ia juga bergantung kepada jenis ubatan yang diberikan sebelum IUI dibuat. Tetapi umumnya ia adalah diantara RM 550-800 tidak termasuk kos ubatan.

INFO TAKEN FROM ALAMHAMIL.COM

IVF

Posted: February 20, 2012 in ilmiah, pregnant

Berita kelahiran seorang bayi oleh Puan Brown di England telah menggemparkan seluruh dunia kerana ini merupakan bayi pertama dalam sejarah yang telah disenyawakan di luar tubuh manusia. Kejayaan ini adalah satu hasil usaha dua pakar perubatan iaitu Dr. Steptoe, seorang pakar Obstetriks dan Ginekologi dan Dr. Edwards seorang ahli fisiologi di University Cambridge. Kedua-dua pakar tersebut telah beberapa tahun lama berusaha bertungkus lumus untuk mensenyawakan benih lelaki dengan ovum perempuan di luar tubuh manusia, dan akhirnya mereka telah menghasilkan satu kejayaan cemerlang.

Persenyawaan benih-benih di luar tubuh (in vitro fertilization) memang telah lama diketahui oleh pakar-pakar perubatan. Ini berdasarkan di atas kejayaan dalam bidang yang sama di kalangan haiwan. Walaupun demikian satu masalah yang terbesar ialah untuk mendapatkan cecair semaian (culture medium) yang sesuai bagi persenyawaan semula jadi, pertemuan dan persenyawaan benih lelaki dan ovum perempuan berlaku pada muncung saluran fallopian. Ovum (benih) perempuan dikeluarkan oleh ovari pada waktu tertentu dan proses ini digelar ovulasi. Ovum yang dikeluarkan biasanya hidup selama 24 jam sahaja. Jika pada jangka masa ini persenyawaan (fertilization) tidak berlaku, ovum akan musnah.

Selepas persetubuhan benih-benih lelaki adalah ditimbunkan di dalam vagina dan terdapat berjuta-juta benih tersebut yang perlu bergerak-gerak menuju ke muncung saluran fallopian untuk proses persenyawaan. Dalam proses inisaluran fallopian mempunyai beberapa peranan penting. Saluran ini menarik ovum supaya mendekati pada muncungnya dan daya tarikan ini didapati dari gerakan-gerakan cilia (rerambut), gerakan berombak-ombak pada muncung saluran fallopian dan juga daya penarikan kimia (chemotaxis). Saluran fallopian juga mempunyai peranan yang sama terhadap pergerakan benih-benih lelaki. Selain daripada itu saluran ini mengeluarkan cecair khusus yang sesuai untuk persenyawaan benih dengan ovum. Keadaan dan suasana yang sesuai adalah sangat penting bagi berlakunya persenyawan. Keadaan ini sangat sukar ditiru di luar tubuh manusia.

Setelah persenyawaan berlaku, hasilnya iaitu embryo, kini menjalani proses pembahagian sel, dan embryo ini perlu melalui saluran fallopian untuk menuju ke ruang rahim. Perjalanan ini biasanya mengambil masa antara 5 atau 7 hari dan apabila sampai ke ruang rahim embryo ini perlu melekatkan jasadnya ke lapisan endometrium dan proses ini digelar ‘implantation’. Bagi kejayaan proses implantasi ini, lapisan endometrium perlu disediakan, iaitu lapisan ini menjalani beberapa perubahan anatomi dan fisiologi, sesuai untuk menerima implantasi embryo itu.

Bagi wanita-wanita yang didapati saluran fallopian mereka tersekat oleh sebab sesuatu penyakit, peluang bagi mereka mendapat kehamilan adalah sangat tipis. Pada keseluruhannya pembedahan bagi membetulkan saluran fallopian (tubal plastic surgery) memberi hasil yang sangat menghampakan. Walaupun banyak perkembangan baru telah berlaku dalam bidang pembedahan ini khususnya dari segi cara pembedahan yang menggunakan ‘microsurgical technique’ namun kadar kejayaan, diukur dari kadar kehamilan selepas pembedahan masih lagi tidak melebehi 30 peratus. Oleh kerana saluran fallopian wanita-wanita tersebut telah tersekat, benih-benih lelaki tidak mempunyai peluang lanngsung untuk bertemu dengan ovum perempuan. Wanita-wanita tersebut akan terus menjadi mandul melainkan satu cara lain dicipta untuk menjayakan persenyawaan dan implantasi. Dari sini timbullah cara persenyawaan di luar tubuh atau ‘in vitro fertilization’.

Sebelum persenyawaan dalam tiub ujian boleh dilakukan beberapa perkara perlu dipertimbangkan. Pertamanya pengambilan ‘ovum’ (benih) perempuan yang telah betul-betul matang dan sesuai untuk disenyawakan. Kedua mencipta cecair semaian (fluid medium) yang sesuai bagi persenyawaan benih. Ketiganya mencipta cara untuk memasukkan embryo ke dalam rahim bagi proses ‘implantation’.

Pengambilan ovum (benih) perempuan adalah satu perkara yang sukar. Wanita hanya mengeluarkan satu benih sahaja pada setiap bulan. Ovum ini dikeluarkan oleh ovari dari suatu struktur yang digelar graffian follikal. Terdapat banyak follikal-follikal di dalam ovari seseorang wanita dan mereka berkembang di bawah pengaruh hormon-hormon FSH dan LH untuk menjadi benih. Oleh kerana ovari terletak di dalam ruang pelvis, pengambilan ovum (benih) mestilah memerlukan pembedahan. Pengambilan ovum ini juga mestilah tepat waktunya iaitu ketika ovum itu telah betul-betul matang iaitu setelah ia menjalani proses maturasi. Ovum juga merupakan satu struktur yang amat kecil yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Sebelum pembedahan dilakukan untuk mengambil ovum (benih) penentuan mestilah dilakukan untuk memastikan berlakunya maturasi benih. Beberapa cara penentuan ini boleh dilakukan seperti dengan mencatatkan suhu badan (basal body temperature chart), penyukatan paras hormon dan memerhatikan bentuk lendir pangkal rahim (cervical mucus). Penentuan ini adalah sangat penting bagi kejayaan usaha mengambil ovum (benih). Satu alat khas digunakan untuk tujuan mengambil ovum, alat ini digelar ‘laparoscope’ iaitu sejenis alat teropong yang boleh digunakan untuk melihat ke dalam perut.

Untuk menjalankan ujian laparoscopy ini, pesakit perlu dibius. Dengan menggunakan alat teropong, graffian follikal yang mengandungi ovum kemudian dengan penuh teliti disedut airnya. Tatacara ini adalah sangat ‘delicate’ dan perlu dilakukan dengan penuh teliti dan berhati-hati. Kepastian sama ada ovum itu telah dapat dikeluarkan atau tidak, dilakukan dengan memeriksa cecair graffian follikal di bawah mikroskop.

Setelah ovum (benih) perempuan dapat dikeluarkan dengan jayanya, masalah kedua yang lebih runcing lagi ialah untuk mencipta suatu cecair semaian (culture medium) yang sesuai bagi kehidupan benih-benih dan boleh menyokong proses persenyawaan serta perkembangan embryo. Cecair ini mestilah sama dari segi kandungan kimia dan bentuknya seperti yang terdapat pada muncung saluran fallopian. Benih-benih lelaki mudah didapati dari suami dengan cara ‘masturbasi’. Tetapi satu masalah yang mungkin timbul ialah samada benih-benih tersebut sudah mempunyai daya untuk mensenyawakan ovum atau tidak. Dalam keadaan benih-benih lelaki mendapat daya ini iaitu apa yang digelar ‘Capacitance’ ketika ia membuat perjalanan dari vagina melalui saluran pangkal rahim, ruang rahim dan saluran fallopian. Tetapi dalam persenyawaan di luar tubuh (in vitro fertilization) benih-benih lelaki tidak menempuhi perjalan tersebut. Oleh itu satu keadaan perlu diwujudkan untuk memberi daya ‘capacitance’ kepada benih-benih lelaki.

Proses persenyawaan adalah sentiasa diawasi melalui mikroskop dan jika ia berlaku, proses ini dibiarkan berterusan untuk lebih kurang 5 hingga 7 hari. Ini adalah tempoh waktu bagi ovum yang telah disenyawakan untuk menjalani saluran fallopian menuju ke ruang rahim dalam keadaan semula jadi. Dalam masa ini ovum yang telah disenyawakan menjalani proses-proses pembiakan sel-sel dan perkembangan untuk menjadi ‘embryo’ dan ia kemudian dimasukkan ke dalam ruang rahim supaya ia dapat menjalani proses ‘implantation’.

Oleh kerana proses persenyawaan berlaku di luar tubuh, setengah pakar-pakar sains khuatir keadaan luar biasa ini mungkin menyebabkan sesuatu gangguan sehingga menimbulkan suatu embryo yang ganjil atau abnormal. Ini adalah satu kemungkinan yang perlu sentiasa diawasi. Walaupun demikian bayi ‘test-tube’ pertama yang dilahirkan oleh Puan Brown adalah normal dari segi sifat dan anggotanya.

Ketika embryo itu dimasukkan ke dalam ruang rahim untuk menjalani proses implantasi perbuatan ini mungkin boleh ditimpa kegagalan. Lapisan endometrium pada dinding rahim mungkin tidak tersedia untuk menerima embryo tersebut. Oleh itu persediaan-persediaan tertentu juga perlu dibuat untuk menjayakan proses implantasi ini. Setelah proses ini berlaku dengan jayanya, kemajuan dan perkembangan seterusnya berlaku terhadap embryo tersebut seperti dalam kehamilan biasa. Tetapi kemungkinan bagi kehamilan tersebut menjadi gugur adalah lebih besar daripada kehamilan biasa.

Konsep bagi bayi di dalam ‘test-tube’ bukannya bermakna kehamilan itu membesar dan tumbuh hingga menjadi bayi di dalam ‘test-tube’. Tetapi hanya sekadar proses persenyawaan sahaja yang berlaku di luar tubuh. Perkembangan dan pembesaran jasad bayi sebenarnya berlaku di dalam rahim.

Walaupun berita bayi ‘test-tube’ ini telah menggegarkan dan mengkagumkan dunia, ini tidak bermakna setiap wanita mandul mempunyai harapan untuk hamil. Rawatan tersebut adalah khusus bagi wanita mandul yang disebabkan oleh sekatan saluran fallopian sahaja. Banyak lagi perkara yang boleh menyebabkan kemandulan wanita. Walaupun demikian cara rawatan ini merupakan satu sinar harapan baru bagimereka yang ingin sangat mendapat anak. Sekarang ini terdapat banyak pusat hospital kerajaan yang menawarkan IVF untuk pasangan yang sukar hamil. LPPKN, HUKM dan juga sektor swasta seperti Damansara Specialist.

Dari segi agama, cara rawatan ini adalah sah dan diterima kerana ia hanya melibatkan benih-benih dan ovum suami isteri. Mufti Besar Kaherah telah melafazkan pendapatnya tentang hal ini dan beliau berpendapat bahawa rawatan ini adalah sah dalam Islam.

Perlu diingati bahawa dalam rawatan cara ini, wanita dikehendaki menjalani pembedahan kecil iaitu ‘laparoscopy’ dan jika pada kali pertama gagal, ia perlu diulang-ulang. Seterusnya banyak masalah-masalah boleh timbul yang mungkin menyebabkan kegagalan. Mungkin dalam banyak-banyak percubaan hanya satu sahaja yang berjaya.

INFO TAKEN FROM BLOG DR HAMID ARSHAT

semangat

Posted: November 21, 2011 in kerja, pregnant, suka suki

assalamualaikum..

dalam sibuk2 duk marking paper, sempat lagi saya nak menaip kat sini..hehe..lepas post entry kegagalan last week, hmmm..this week saya rasa macam dapat satu semangat + keyakinan untuk 2 perkara penting dalam hidup saya..ape ye? 🙂 mane bleh bagitau..hehe..nanti kalau dah berjaya, baru saya bagitau..sekarang ni saya berdoa dan tawakal pada Allah..moga2 diperkenanNya..amin.. 😉

kegagalan

Posted: November 13, 2011 in kerja, pregnant, suka suki

assalamualaikum..

pagi tadi pas hantar my sis pegi keje, saya ternampak kereta sekolah memandu masa berhenti kat traffic light..tetibe je teringat kisah lame..hehe..kisah yg takkan saya lupa, betapa perit nya utk mendapat sekeping P..huhu..tak perlulah saya nak bukak rahsia (rahsia ke?) itu di sini.. 😉

cuma masa drive tadi, satu persatu kisah2 kegagalan yg pernah saya alami dalam hidup bermain di fikiran saya 😦 iye..semua org pernah gagal bukan?sejak dulu hingga kini, saya rasa kegagalan sentiasa menghantui hidup saya..tak kisah lah kegagalan yg mcmane, ia pasti memberi kesan dalam hidup saya..adakah nasib selalu tidak menyebelahi saya?malang kah saya?astaghfirullahalazim..tidak..saya tak pernah cakap saya ni malang, saya tahu itu semua adalah takdir dan dugaan Allah ke atas hambaNya..pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku..dan beberapa kegagalan yang saya lalui itu, memang saya telah merasai hikmahnya..

sedih memang sedih 😦 tapi saya kena ingatlah, bukan saya sorang je yg pernah mengalami kegagalan dalam hidup..setiap insan pasti diuji olehNya, dengan pelbagai dugaan yang berbeza..Allah takkan uji hambaNya jika hambaNya itu tidak mampu melaluinya..namun sekiranya kita kecundang, kita perlulah tabah dan sabar menghadapi kegagalan itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa..kegagalan itu pastinya akan membuat kita menjadi lebih kuat dan gigih berusaha utk berjaya..

so, mulai hari ini, saya akan jadikan kegagalan2 yang berlaku dalam hidup saya sebagai dahan utk saya berpaut..iye..kegagalan yang lalu sebenarnya adalah kekuatan utk kita berjaya di masa hadapan..insyaAllah 🙂 dan sekiranya saya masih gagal, saya tahu rezeki saya belum sampai lagi..saya percaya, rezeki itu ada, cuma belum masanya lagi utk Allah beri kepada saya..

esok 14 November 2011, dah start final exam..berdebar sebenarnya, student sem 5 start dengan paper B4001 esok..semoga mereka semua berjaya, tak macam cik puan dorang nih yg pernah gagal masa study dulu..kehkehkeh..dan tak lupa juga kepada adik2 yg bakal menduduki SPM 2011 esok..GOOD LUCK!! 😉

Posted: October 30, 2011 in pregnant, suamiku

assalamulaikum

tetiba ada mood nak menulis..hmmm..jumaat lepas saya ada tgk 1 rancangan reality artis barat, khloe and lamar..biasa lah artis sana suka sgt terbitkan rancangan yg memaparkan kisah hidup dorang..suka publisiti kan, di samping dapat duit poket yg sangat banyak sebab rating tinggi..salah seorang penonton nye saya lah 😉

ape kisah episod tu?hmm..khloe n lamar ni rasa2nye dah setahun kot kawen..so si ibu tertanya2 la nape anaknya tu tak ngandung2 lagi..dan dia suggest anak dia pegi jumpa gynaecologist..si khloe ni, kalau sape2 penah tgk rancangan reality family dorang (keeping up with the kardashians), mesti tau sikap anak2 dgn ibu dorang nih..tersangatlah kurang ajar bila bercakap, but they’re still happy family (heran gak saya)..so dalam episod tu, khloe sangat tak setuju n marah2 kat ibu dia..dia tak rasa pelik pun dia tak pregnant lagi..siap luah kat kawan baik dia, cakap SEMUA WANITA TAKKAN ADA MASALAH KALAU NAK PREGNANT..so watpe nak gi jumpa gynae..tapi pas dipujuk oleh kawan, akhirnya khloe pegi gak check dgn gynae..saya tgk apa yg dilalui oleh khloe masa jumpa gynae tu, sama je dgn apa yg saya lalui..buat normal check up..pastu saya tak tgk dah rancangan tu sampai abis..

apa yang saya nak tulis kat sini, saya tak setuju dgn kata2 khloe tu..dia anggap senang je nak pregnant,walhal dia belum pregnant lagi walaupun dah setahun mencuba(namun dia tersedar lah lepas tu)..iye..mmg ada manusia yg beranggapan sebegitu..sape2 yg mudah lekat, mmg dia takkan rasa n faham perasaan org yg susah nak pregnant macam saya ni..tanpa sempat mengatur ayat,laju je mulut tu berkata2 kan..kalau lah masalah infertility tu bukanlah satu perkara yg besar, takkan wujudlah bidang gynaecology dan pusat2 kesuburan kat dunia nih..kalau kita tidak dikelilingi oleh org2 yg sukar pregnant mcm saya ni, maka kita takkan tahu pun permasalahan ini..

waktu saya belum kawin dulu,mmg ada ramai kawan2 saya yang belum pregnant walaupun dah bertahun2 kawin..so saya sendiri sudah bersedia utk menghadapinya sekiranya ianya berlaku kepada saya..and it really happen to me..it’s ok..saya redha, namun saya tetap mencuba and kuatkan diri agar tidak berputus asa..and luckily i got a very understanding husband..alhamdulillah 😉

rasanya panjang plak entry saya kali ini..ini bukan sesi melepaskan kemarahan, juga bukan sesi meluahkan kekecewaan..i just miss my hubby, baru je hantar dia kat butterworth tadi 😦
just nak minta kawan2 kat luar sana doakan agar apa yg kami usahakan membuahkan hasil suatu hari nanti..saya pun teringin nak anak2 yg comel macam u olss.. 😉 thanks ye

Polycystic ovarian syndrome atau nama singkatanya PCOS adalah masalah perubatan dimana ovari anda bertindak secara tidak normal yang menyebabkan terjadinya masalah haid tidak teratur, tiada haid dan masalah infertiliti. PCOS adalah diantara penyebab utama ketidaksuburan dan terjadi pada sekitar 5 hingga 10 peratus wanita pada usia reproduksi.

Gejala PCOS boleh terjadi seawal puberti, iaitu ketika haid pertama kali bermula. Ia disebabkan oleh ovari yang gagal merembeskan hormon dalam kuantiti yang sepatutnya dan berlakulah ketidak seimbangan hormon yang menyebabkan tumbesaran folikel terbantut dan gagal mengeluarkan telur. Walaubagaimanapun kebanyakkannya gejala PCOS berlaku lebih perlahan lahan dan berperingkat- ringkat dan menjadi lebih ketara apabila meningkat usia.

Gejala PCOS mungkin termasuk:
*Menstruasi yang tidak teratur atau tiada langsung sampai berbulan bulan
*Peningkatan bulu pada badan dan muka (juga dikenali sebagai hirsutism)
*Jerawat
*Gelap warna kulit di sepanjang leher, ketiak, celah kangkang, dan di bahagian dalam paha
*Masalah Obesiti
*Jangkitan kulat vagina
*Masalah kencing manis

Apa kesan PCOS terhadap saya dan bagaimana Ia mempengaruhi kesuburan Saya?
Masalah PCOS selalunya berpunca dari kelenjar pituitari lagi. Kelenjar pituitari yang terletak pada otak adalah kelenjar utama badan manusia yang memainkan peranan dalam mengawal rembesan hormon untuk seluruh tubuh kita. Disebabkan ketidaknormalan pada kadar rembesen hormon LH dan FSH dari pituitari, folikel folikel yang membentuk pada awal kitaran haid gagal matang, menyebabkan telur tidak dilepaskan dan ovulasi tidak berlaku. Disebabkan tiada ovulasi, kadar rembesan hormon progesteron menjadi rendah dan tidak seimbang dengan hormon tahap hormon lain seperti estrogen dan androgen. Progesterone adalah hormon yang penting untuk memastikan kitaran haid yang normal.

Kekurangan hormon progestrone menyebabkan haid tidak teratur atau tiada langsung kadang kadang berbulan bulan lamanya. Bila haid bermula, pengidap PCOS selalunya akan mengalami haid yang banyak dan sakit senggugut yang melampau disebabkan oleh tisu tebal dan darah yang terkumpul akibat dari haid yang lewat.

PCOS juga menyebabkan konsentrasi yang lebih tinggi hormon lelaki (androgen) menyebabkan ramai pengidap PCOS mengalami bulu badan yang berlebihan.

Disamping itu, ramai pengidap PCOS mengalami tahap insulin yang tinggi yang boleh menganggu tumbesaran folikel menyebabkan follikel gagal matang terjadilah cyst cyst kecil pada ovari . Cyst cyst yang terlalu banyak akan menyebabkan ovari menjadi bengkak dan ini boleh dilihat pada ujian Ultrasound.

Siapa yang Berisiko? Apa Punca PCOS?
Wanita dengan PCOS sering mempunyai ahli keluarga yang mempunyai masalah yang sama dan ia dikaitkan dengan masalah genetik. Ini bermakna bahawa jika anda mengalami PCOS, kemungkinan besar anda ibu dan saudara perempuan yang lain juga mengalami PCOS. Sekiranya anda mempunyai anak perempuan, ada berkemungkinan yang anak anda juga mendapat masalah yang sama.

Bagaimana diagnosa PCOS dibuat?
Untuk memberikan diagnosa yang tepat, sejarah perubatan akan diambil termasuklah kitaran haid anda dan sejarah keluarga.

Pemeriksaan fizikal termasuk pemeriksaan faraj and ujian US. Beberapa ujian darah seperti ujian hormon LH and FSH akan diambil. Ujian Ultrasound faraj mungkin juga akan dilakukan untuk melihat dengan jelas cyst cyst kecil pada ovari anda.

Bagaimana PCOS dirawat?
Rawatan bergantung sepenuhnya pada gejala anda dan juga keinginan anda untuk hamil. Saranan selalunya diberikan tentang pemakanan seperti pengurangan karbohidrat dalam diet dan senaman untuk mengurangkan tahap insulin. Bagi mereka yang ingin hamil, ubat subur seperti clomid atau Gonal F akan diberikan untuk mencetuskan ovulasi. Dalam kes- kes dimana ubat subur tidak begitu efektif, ovarian drilling mungkin disarankan untuk memecahkan cyst cyst kecil pada ovari.

Wanita dengan PCOS harus menyedari potensi risiko kesihatan jangka panjang. Risiko untuk mendapat kanser rahim dan kencing manis adalah tinggi.

PCOS juga dikaitkan dengan penyakit jantung, tahap kolesterol yang tidak normal dan tekanan darah tinggi dan wanita yang mengidap PCOS dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan secara rutin. PCOS adalah masalah yang anda alami sejak anda dilahirkan dan setakat ini tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya. Walaubagaimanpun dengan rawatan yang tepat, gejala PCOS pasti dapat dikawal.

Sekiranya anda berhasrat untuk hamil, terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh anda jalani dan menjadi hamil bukan sesuatu yang mustahil.

INFO TAKEN FROM ALAMHAMIL.COM

Madu dan Habbatus Sawda’

Posted: September 12, 2011 in ilmiah, kesihatan, pregnant

10 Fakta Benar Madu dan Habbatus Sawda’ Yang Wajib Anda Ketahui

(1) Allah S.W.T telah mengabadikan keistimewaan madu lebah di dalam al-Quran yang bermaksud “Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai PENAWAR bagi manusia”, (An-Nahl:69).
Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Tetaplah kamu berubat dengan Habbatus Sawda’ ini kerana sesungguhnya ia mengandungi bahan penyembuh bagi setiap penyakit kecuali maut”, (H/R: Bukhari).

(2) Ibn sina dalam kitabnya “al-Qanun fi al-Tibb” menyatakan Habbatus Sawda’ mampu melancarkan pengeluaran darah haid wanita yang bermasalah dan juga a bertindak menghancurkan batu karang pada buah pinggang serta tempat berkumpulnya air kencing. Habbatus sawda’ perlu dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum untuk beberapa hari.

(3) Ibn Qayyum al-Jawziyah (691-751) menulis dalam kitabnya yang cukup terkenal “Zad al’ Mi’ad fi Huda Khayri al Ibad”: Jika Habbatus Sawda’ dihancurkan dan dicampurkan dengan madu, kemudian diminum dengan air panas, ia dapat menghancurkan batu karang yang terdapat dalam buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing. Melancarkan keluarnya air kencing, darah haid dan susu ibu. Orang yang lumpuh sebelah badan maka dianjurkan supaya menyapu minyak Habbatus Sawda’ ke atas anggota badan. InsyaAllah akan sembuh dari lumpuh.

(4) Madu mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potasium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi. Seorang Pakar Perubatan dari Poland memberitahu bahawa madu lebah berkesan dalam merawat Penyakit Buasir, Penyakit Kulit dan Penyakit Puan.

(5) Penulis buku “Planetary Herbalogy” Dr. Micheal Tierre,mendapati Habbatus Sawda’ mengandungi METASITOSTEROL. Ia adalah bahan ANTIKANSER yang berkesan.

(6) The Journal of America Scientists melaporkan, Habbatus Sawda’ bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi antihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotik (pembunuh kuman), antimycotic (antikulat) dan dilating effect (pengembang saluran pernafasan).

(7) Kamus kedoktoran “Larousse” menjelaskan bahawa Habbatus Sawda’ mengeluarkan angin dari perut, menambah ghairah seks dan melancarkan darah haid.

(8) Madu berperanan sebagai ejen antioxida yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal iaitu penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.

(9) Kajian Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat, menunjukkan madu lebah mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, Thiamin, Miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.

(10) World Apiculture Conference yang diadakan pada 20-26 September 1993 di China mengakui bahawa madu lebah mengandungi GLUKOSA dan FRUKTOSA yang mudah dihadam. Apabila dicampur dengan air, ia meresap masuk ke dalam darah dalam masa 7 minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak.

INFO TAKEN FROM MADUMASAD.COM