usaha lagi

Posted: August 1, 2012 in baby, kesihatan, pregnant, puasa

assalamualaikum,

dah lama rasanya saya tak buat apa2 (treatment) untuk pregnant..last saya jumpa gynae bulan november tahun lepas, raya haji, kat kg husband.masa tu saya rasa sakit yg amat sangat coz bleeding yang teruk, menangis2 depan mak mertua..kui kui..tak malu betul menantu ni..hihi..tak sangka dengan apa yang saya alami ketika itu kerana ianya telah merubah flow dalam menstrual cycle saya..alhamdulillah, itu yg saya tunggu selama ini walaupun ianya menyakitkan..betullah, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.. 😉

bukan saya taknak atau tidak berusaha untuk pregnant, bukan juga saya berputus asa..tidak pernah sama sekali saya sebegitu..nak cakap macamana ye?hmmm..takpelah..yang penting saya tahu apa yang saya buat 😉 setakat ni saya just tambahkan pengetahuan yang berkaitan dengan kewanitaan, kehamilan, kesihatan dan yg sewaktu dengan nya lah..saya tak suka baca buku, so banyak maklumat yg saya dapat adalah dari blog2 dan juga forum2..kan ke semua maklumat at our fingertips? 🙂

di bulan ramadhan yg mulia ni, saya nak sambunglah balik usaha saya tu, selain husband saya dah duk di sisi saya skang ni 😉 alhamdulillah..hmm..apa yg saya buat?ala, benda mudah je..minum pati delima 😉 saya dapat maklumat, ramai yg dah lama ttc (try to conceive) berjaya hamil pas amalkan minum pati delima ni..so saya nak try lah.pati delima cap gulshan..dah lame saya cari, susah gak nak jumpa benda ni ye..ada je yg jual online, tp saya rasa agak mahal lah..bukan berkira, tapi sebagai pengguna, tak salah kalau kita ambil kira..hehe..saya pernah jumpa ada yg dijual rm38 sebotol (340ml)..kalau time murah, rm20, rm18..paling murah pun rm17..saya heran lah..knapa jauh sgt beza harganya walaupun ml nye sama?pelik..ni mesti nak kaut untung punya pasal kan..ok..takpe..tu hak masing2 lah..tapi saya memang tak beli lah..haha..alkisahnye, last week saya jalan2 kat bazar ramadhan kat taman saya ni..tak sangka ada org jual pati delima cap gulshan ni..sebijik sama dan mmg ori lah..nak tahu berapa?RM16 sahaja okay..saya pun ape lagi, terus lah beli..hehe..so malam tu pas berbuka saya terus minum..bukan bancuh dengan air..minum ala2 ubat batuk gitu..sesudu makan..rasanya?mak oiii..masammmm..huhu..tapi saya telan gak lah..nak baby kan 😉

so, itu ajelah usaha saya setakat ini..harap2 ada rezeki untuk saya di bulan ramadhan ni..kalau takde, it’s ok..i know it’s not my turn yet..sekurang2nya saya berpeluang untuk berusaha 😉

Advertisements

last day

Posted: June 29, 2012 in kerja

assalamualaikum,

hari ni hari terakhir sesi slotting dalam sistem jadual waktu untuk semester baharu nanti..uwaaa…ada 1 kelas je lagi belum siap slot, untuk subjek BC101 Computer Application..sebabnya?takde lab kosong!!aduhai..jenuh dah tukar2 mane yang boleh, mau terbalik rasanya biji mata ni..ape nak buat ni..kena minta buah fikiran orang lain gak lah..ok..petang ni kena sambung lagi with my AJKs..sekarang saya mau rehat..sian kat cik otak saya ni ye..cik perut pun tengah nangis gak ni..haha

Jika anda telah mengambil ujian kehamilan di rumah dan ujian air kencing itu menunjukkan dua baris, sudah pasti anda menganggap yang anda sudah hamil. Ujian kehamilan di rumah sememangnya sangat tepat dan kadar ketepatannya melebihi 98%. Walau bagaimanapun, anda mungkin pernah membaca atau kawan-kawan mungkin pernah bercerita dengan mendakwa mengalami ujian kehamilan yang positif tetapi mereka sebenarnya tidak hamil. Keadaan ini sememangnya membingungkan dan menyebabkan anda tertanya tanya mengapa ia berlaku. Berikut adalah beberapa sebab mengapa ujian boleh menjadi positif walaupun anda tidak hamil;

1. Rawatan Kesuburan. Suntikan hCG atau gonadotropins sebagai contoh Pregynl atau Pergonal yang digunakan untuk mencetus ovulasi boleh menyebabkan ujian kehamilan menjadi positif untuk berminggu-minggu lamanya walaupun anda tidak hamil.

2. Garis Penyejatan. Garis ini terjadi kerana air kencing yang melintasi ujian menjadi sejat dan meninggalkan garisan perang. Ia sering diinterpretasikan sebagai positif walaupun wanita tidak hamil.

3. Membuat dengan cara tidak betul. Sangat penting untuk anda membaca arahan sebelum menjalankan ujian untuk memastikan keputusan ujian yang tepat. Jika arahan ujian menyatakan anda perlu mentafsir dalam masa 3 minit, anda perlu patuh dengan arahan tersebut. Mentafsir ujian selepas waktu yang ditetapkan boleh memberikan keputusan palsu.

4. Masalah perubatan. Ketumbuhan pada ovari boleh memberikan bacaan positif walaupun wanita tidak hamil tetapi ini sangat jarang terjadi.

5. Ubatan-ubatan. Sesetengah ubat seperti Methadone, chlordiazepoxide, atau promethazine boleh memberikan ujian kehamilan positif palsu.

6. Kehamilan Kimia. Pada dasarnya anda hamil, tetapi anda gugur terlalu awal tanpa anda sedari. Keadaan ini sangat kerap terjadi dan walaupun ujian masih positif anda sebenarnya tidak lagi hamil.

7. Ujian kehamilan yang dah tamat tempoh. Ini boleh memberikan keputusan ujian palsu. Sentiasa periksa tarikh luput sebelum menjalani ujian untuk memastikan keputusan yang tepat.

Apa yang anda perlu buat
Sekiranya anda curiga dengan keputusan ujian air kencing anda, jumpa doktor untuk pemeriksaan. Doktor mungkin membuat ujian ultrasound untuk mengesan kehamilan anda. Sekiranya ia masih negatif, kehamilan anda mungkin masih terlalu awal. Doktor juga mungkin akan menyarankan ujian darah untuk mengesan kehadiran hormon hCG, sekiranya berlaku peningkatan, anda hamil.
Sebagai alternatifnya anda mungkin ingin menunggu untuk membuat ujian air kencing sekali lagi selepas 1 minggu. Jika keputusan ujian negatif, anda tidak hamil begitulah sebaliknya.

INFO TAKEN FROM ALAMHAMIL.COM

Bila agaknye?

Posted: May 13, 2012 in baby, family, suamiku

Bila la agaknye nak tangkap gambar family cenggini ye? Sabar lah wahai diriku sendiri. Ada rezeki nanti, tangkaplah banyak2. InsyaAllah 😉

image

interesting!!

Posted: May 11, 2012 in suka suki

just found a new blog (for me)..very interesting!!it’s about triplet!let’s check it out dude!!i love to read it 🙂

Birthday azim

Posted: April 21, 2012 in family

image

Happy Belated Birthday Azim Hakimi!! We love u..

Change

Posted: April 20, 2012 in kerja

Suatu petang di Bilik Pensyarah.
Puan S : Apa maksud ‘rate of change’?
Pelajar A : Tak ingatlah puan.
Puan S : Ok. Takpe. Apa maksud ‘change’?
Pelajar A : Hmm.. Rantai kot.
Puan S : Itu ‘chain’.
Pelajar B : Peluang?
Puan S : Itu ‘chance’ lah.

Aduhai inggelish…