Happy 3rd Anniversary

Posted: February 26, 2013 in cinta, suamiku

Alhamdulillah..3 tahun dah ye..semoga kami kekal bahagia ke akhir hayat..insyaAllah..

image

Sejarah oh Sejarah

Posted: December 30, 2012 in family, ilmiah

Assalamualaikum..

Hi all..harap anda semua sihat la ye.today is sunday.so i think i have extra time to update my blog.chewahhh..selalu nye konon2 bz lah.whateva!haha..

Perak!itulah tanah tumpah darah suamiku..negeri yg sgt2 dibanggakannya.dulu masa hangat berchenta tak abis2 cakap nak bawak saya gi jenjalan pas kawin kat tempat2 bersejarah.saya pun excited lah sebab orang nak bawak gi makan angin kannn..hmm..masa berlalu dgn pantas, janji tinggal janji.takde pun tmpt bersejarah!smuanya tinggal sejarah hokay..huhu..

Then pas hampir 2 tahun kawin,baru lah hati sang suami tergerak utk perak tour with me.itu pun sebab adik2 saya nani dan ana ikut saya bercuti di kg suami masa musim durian tahun lepas.itu pun jugak pas mak mertua paksa dia bawak kami gi jenjalan..huhu..so tahun lepas kami pergi Kompleks Bersejarah Pasir Salak.seronok!dapat tgk barang2 tinggalan sejarah.paling saya suka ada galeri yg menceritakan kisah sejarah,siap ada gambar ala2 3D.tak pasal2 saya terminat subjek sejarah.haha..kat luar galeri tu pemandangannya sangat cantik.banyak gambar yg kami snap,tapi tak dapatlah saya upload kat sini sebab gambar2 tu ada dalam camera adik saya.huhu..

Okay..itu cerita sejarah tahun lepas.tahun ni en suami bawak saya gi Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah.wahhh..yg ini mmg saya teruja sebab dah lame teringin nak jejak kaki ke sana.tak sangka tibe2 je dia ajak gi sana walaupun haritu perut saya memulas2..haha..sampai je kat sana,saya cari toilet dulu,baru la selesa nak jalan2 kan.. πŸ˜‰

Mengikut sejarah, Kellie’s Castle ini dibina oleh Sir William Kellie Smith yang berasal dari Scotland untuk dihadiahkan kepada isteri tercinta, Agnes.oh,seronoknya kalau kita dapat hadiah sebegitu,kannnn..hihi..tp pembinaan istana ini terbantut dan terus terbengkalai hingga kini disebabkan oleh beberapa faktor. antaranya masalah kewangan, kemerosotan ekonomi, perang dunia, penyebaran wabak penyakit di kalangan buruh binaan dan juga kematian Sir William itu sendiri.Kisah sejarah di sebalik pembinaan istana ini sangat menarik untuk dibaca.Ditambah pula dengan kisah2 misteri setelah istana ini ditinggalkan sebegitu lama.Sila google untuk baca kisah2 tersebut πŸ˜‰

image

Welcome to Kellie's Castle

image

image

image

image

Pemandangan dari bumbung istana

image

image

Model Kellie's Castle

Actually saya takut2 nak naik ke istana tu.iyela,bangunan tak siap, agak bahaya la kan sebab ciri2 keselamatan memang tak ade.boleh naik sampai ke atas bumbung tapi kena hati2 sebab takde penghadang..saya plak jenis gayat.auwwww.tangan memang tak lepas lah pegang abg body saya.haha..satu lagi yg saya takutkan ialah kisah misteri istana tu.malas nak cite lah,tapi saya memang berdebar2 dan tak putus2 baca alfatihah dan ayat kursi.masa mula2 nak melangkah masuk ke istana tu pun saya bagi salam..hihi..bukan pe,tengah pregnant,risau gak la.alhamdulillah takde ape2.. πŸ˜‰

Waktu saya pergi bulan lepas, agak ramai pelancong yg datang walaupun ketika kami sampai,hujan rintik2.Cuti sekolah kan.Ada gak pasangan pengantin yang tengah shoot outdoor photo kat istana tu.Pada saya, Kellie’s Castle ni tempat yang sangat menarik untuk dilawati.So apa lagi kawan2, cepat2 la bawak family pergi ke sana walaupun esok sesi persekolahan 2013 dah bermula! πŸ™‚

Ohhhh…suamiku..

Posted: December 4, 2012 in baby, cinta, pregnant, suamiku

Suatu petang di sebuah klinik kesihatan kerajaan.

Doc: Ini kepala dia. Kita ukur ye. Hmm, normal lah ukuran dia utk 5bulan.
Hubby: Mcmana doc? Normal ke tu?
Doc: Ye, normal. Ok, ni tulang belakang dia. Ha, nampak tak degupan jantung dia tu?
Hubby: Oh, dah nampak ye doc?
Wifey: (Tahan gelak)
Doc: Mestila dah nampak. Dah lame dah nampak. 5bulan dah kan. Ok, sekarang kita ukur panjang kaki dia plak.
Hubby: Ooo, dah ada kaki ke?
Doc: Memang dah ada kaki pun…
Wifey: (oh suamiku….fghjfssftubbkif)

Itulah…sebelum ni taknak ikut masuk bilik doc..nak tunggu dalam keta je ye..bila dah masuk, banyak pulak soalan tak logik yang keluar..biase lah, neves, anak first kan πŸ˜‰

Risau sebab haid tidak datang? Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita.
Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:

1) Tekanan:
Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.

2) Masalah kesihatan:
Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.

3) Ubatan:
Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.

4) Berlebihan hormon prolaktin:
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

5) Menyusu badan:
Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

6) Masalah tiroid:
Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

7) Gemuk:
Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

8) Terlalu kurus:
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

9) Tersilap kira:
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

10) Menopos:
Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

11) Pencegah hamil:
Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!

12) Hamil:
akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!… congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.
Apa yang anda perlu buat sekarang?

Sekiranya anda hamil, buatlah temu-janji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda boleh mebuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul–betul hamil. Walaubagaimana, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.

INFO TAKEN FROM ALAMHAMIL.COM

Tak sabar

Posted: October 28, 2012 in Uncategorized

Tak sabar menanti saat itu..semoga ianya dapat mengubah kehidupan saya nanti, menjadi lebih baik..insyaAllah..Β  :,)

Alhamdulillah

Posted: October 14, 2012 in baby, pregnant

“Alhamdulillah..kubersyukur di atas nikmat & kurniaMu yang Engkau limpahkan kepadaku. Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku untuk merasai apa yang wanita2 lain alami.”
Semoga saya & kandungan ini sihat sehingga saat kelahirannya nanti. InsyaAllah. Doakan kami ye kawan2 πŸ˜‰

image

Scan pada 9 Oct 2012